About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Monday, March 28, 2011

|| mOrning Fever ||


Salam

morning korang. awal-awal nak cakap, xdpt nak borak lama. nak wat ape pon. sedih dgn diri ini, tak faham kenapa asik xsehat je. datang je isnin nak demam, demam je isnin pon datang. badan ni gediks ape laaaa, asik nak lemah antidote je. Dah laaa arini ada 5S terbesar, nak angkat benda berat lak tu. adehs hopefully okeh. okeh geng apezs nak minta maaf tersangat-sangat sebab masih tak dapat nak BW korangnya blog. sedih tahap nak demam laa mcmni.. :(

oklaa korang g sarapan dulu pastu makan ubat. bye.

Friday, March 25, 2011

|| mOrning Busy ||


Salam. Hye all, saya and danbo still busy. So tak dapat nak cakap ape lah. Ape pon saya ada share sedikit info ngan korang. Jangan lupa singgah-singgah yea. Korang dah sarapan ke? Sarapan ape pula kali ni? Jangan tiru mcm saya sudeh haha.. Sehat ke? Kerja macamane? Penat yea! Alaa sabar ye, nantikan dah nak cuti mean esok dah masok weekend. Rest secukupnya okeh.

Dah jom g sarapan dan buat kerja. Pastu kita gossip haha yg tu lawak je, jgn ikut. Kalah murai.com nanti tau, derang susah nak cari makan pulak haha. Kita jadi punai.com jelaaa boleh haha.. OOooops sorry 18SX pulak pepagi, ting tonggg kehkeh.. See ar. muaaahx Love You... (",)

|| Alamak Urut Batin Ke? ||

BERITA TERKINI
JAM 11.15AM

Apa yg dikaburkan tu yea?

GEORGE TOWN - Alasan dua pelanggan lelaki yang datang ke sebuah pusat urutan gay di Pulau Tikus di sini kononnya untuk berjumpa dengan rakan mereka di situ gagal meyakinkan polis menyebabkan mereka ditahan dalam satu serbuan semalam.

Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan tiga pemuda dipercayai tukang urut dan penyelia yang berusia antara 28 hingga 33 tahun.

Menurut jurucakap polis, pihaknya terpaksa menunggu lebih dua jam untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana perlu melalui proses pengecaman wajah pelanggan.

"Kami dapat masuk premis itu selepas seorang pelanggan keluar dari pusat urut yang terletak di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah itu.

"Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki dipercayai baru selesai menjalankan urutan," katanya yang memberitahu serbuan tersebut merupakan yang keempat sejak tahun lalu.

Difahamkan, pusat urut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam dengan menggunakan sistem kod rahsia di pintu masuk. - KOSMO

WOW!! Haha saya pon nak diurut juga, boleh x? Ada xlagi haha. Haiyooo berani mati!!..

 

|| Nak Lawan Akuarium Aku ||

BERITA TERKINI
JAM 10.15AM


Akuarium Besar Bapak!

NOTTINGHAM - Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote, lapor sebuah akhbar semalam.

Heathcote, 37, membina akuarium persendirian itu dengan kos £5,000 (RM24,603) di rumahnya di sini dan memenuhinya dengan beberapa spesies hidupan air tawar eksotik.

Akuarium gergasi itu yang berukuran 3.8 meter x 3.9 meter x 2.1 meter terletak di bawah ruang tamu kediaman lima biliknya.

"Hobi saya bukan sekadar menguasai hidup saya tetapi ia juga menguasai rumah saya," katanya.

Lelaki itu yang bekerja sebagai guru turut memberitahu, tiada televisyen di rumahnya kerana dia lebih gemar melihat ikan-ikan peliharaannya itu berenang. - KOSMO

*Okeh I jeles tengok mamat ni, dianya akuarium besar gilerh. Nak juga buat macamni, adakah dapat kelulusan dan mampu saya ni haha. Sape nak sponsor??

HEBAT!!!

|| Bunuh Diri Kerja Kau ||

BERITA TERKINI
JAM 09.15AM

Detik-detik yg dirakamkan.

KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun. - KOSMO

Apa nak jadi, bengong betolla perempuan ni. Janganlah sia-siakan hidup tu, bukan senang nak dapat kehidupan. Dah ingin dibantu tidak pulak sudi untuk dibantu. Apelah nasib dia lepas ini!! Masalah family dan cinta, itu yg selalu diperkatakan dan menjadi punca. Ya Allah kau kuatkanlah hati dan jiwa serta iman dalam diri hambaMu yg lemah ini. Tidak ku mahu seperti ini. Amin.

Thursday, March 24, 2011

|| Noon All Busy ||


Salam hye semua. Sorry nampaknya saya xdapat nak menjelajah ke tempat korang semua. Dan saya tgk Nuffnang saya pon xde sape yg datang. Wah kritikal kesan dia, even sehari je tinggal. Takpela belom ada rezeki hehe. Sorry to say, minggu yang mmg busy sangat². Ingin menyelesaikan segala kerja yg perlu ataupun tidak, agar satu hari nanti boleh berada dalam keadaan SELESA.

Korang dah lunch ke? Jangan lupa makan, nanti dah masuknya angin dalam perot tu. Tapi kalau makan biar berpada yea, biasalah nanti mengantuk nak tido pulak. Bahaya tu!! Sehat ke? Saya masih sengal² leher ni tapi better dari haritu sikit hehe. Jiwa pon bergelora je ni, haish xsuka dalam keadaan mcmni. Sebab itu membusykan sangat diri supaya tidak memikirkan hal² macamtu kan kannn geng.

Jadi korang jaga diri okeh. Kerana diri anda amat berharga dari segalanya. Rasa macam nak buat ayat-ayat puitis je. Tapi tengokla mcmane haha. Result SPM sesiapa pon dalam kenalan korang, mcmane? Share sikit..

Wednesday, March 23, 2011

|| mOrning Sexy ||



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Korang sehat arini? Pastinya sehat okeh. Apezs baru masuk keje semula, semalam cuti coz mmg xboleh nak datang keje dengan tengkok a.k.a leher yg sakit ni. Makin sakit pula semalam, pagi ni pon jadi balik tapi gigihkan juga g keje. Tak leh cuti lama², cuti dah kureng haha. Tapi sakit pagi ni okeh sikit, tak mcm semalam.

Jadi nampak gaya utk BW atau berblogging xde masa sangat la. Nak fokus habiskan kerja la, tertangguh ada juga ni. Takut dengan penilaian nanti. Jadi jom kita g sarapan dulu kemudian kita kerja dengan jayanya okeh. Jom Hot Milo satu boss.!!! :)

Monday, March 21, 2011

|| Weekend Photoshoot Eden ||


Perghhhh weekend yang memenatkan juga yea. Yelaa mahu tidaknya, kan apezs pernah cakap kan. Akan ada photoshoot weekend ritu. Sabtu maksudnya, seharian photoshoot. Pengalaman photoshoot kali ni mmg de best, banyak cabaran ok. Tak pernah photoshoot yg sebelum ini. Terim kasih kepada PAKWE KU Groups and Team. Derang mmg de best.

Korang nak tau ke ape yg cabaran habis haritu. Meih sini rapat dan close up haha :-

1) Datang tepat tetapi masih menunggu yang lain kerana waktu puncak di KL. Kelaparan tahap sangat2 laa maksudnya haha.
2) Kesemua model dan photografer dah adem hujan turun dengan lebat sedikit demi sedikit.
3) Pindah cari port lain tetapi hujan bermain dgn emosi kiteorg haha. Dia berhenti dengan senangnya haha. So g semula tempat asal.
4) Selepas hujan kan, nyamuk yg gediks pon keluar nak cari darah la. Tengah photoshoot asik kena gigit je. Naik meronyam dah kaki dan badan apezs haha. Tapi ttp shoot.
5) Bukan 1 tempat utk shoot, banyak tempat tau. Bekejaran laa dengan kete2 ke lain tempat hehe dan still hujan bermain dengan emosi kiteorg. 
6) yg paling de best. Tempat shoot adalah rumah usang yg ditinggalkan di area KL. Haha beri salam sebelum masuk hehe.


Hah mcmtu la lebih kurangnya, tetapi suka dengan hasilnya, walaupun hanya sedikit sahaja yg saya dapat lihat. Dan ada 1 photo saya yg saya "curik" dari photografe saya aritu. Korang nak tengok ke? Tengok la ye, jgn kutuk sangat saya ni xpandai tau.. Last kali apezs nak ucapkan TERIMA KASIH sgt kepada yang terlibat. Jumpa lagi hopefully.

tadaaa apezs yg cekeding haha.. (",)




* Korang okeh ke saya ni dok bercerita pasal benda camni. Ada org xsuke erk??





|| mOrning Angle ||

alamak dengan dog dog dis pulak hehe.
Salam morning semua. Arini xdpt nak happy blogging la, tak sehat. Ape kes laa badan ni, antibodi lemah laa. Busy sikit sakitlaa badan, nak pakai ape korang utk kurangkan sakit ni. Yoko-yoko ke haha.. Oh tak tahu sakit ape erk, saya sakit belakang. Dari atas tengkok sampai ke pinggang. Mungkin lasak time photoshoot aritu kot, mau tidak haha.

Siap panjat tingkap la kangkang la, dongak(kepala lihat ke atas) sambil badan cecah kelantai la uwaaa. Saya teringin sangat sehat dan cergas haha. Jadi pagi ni saya dah sarapan and also hot milo. Jadi kalau rasa mcm tak larat juga, nak minta 1/2 day la. Nak balik baring, ubat tahan sakit xde kat opis ni haish!!. Korang dah g sarapan yea. :)

Friday, March 18, 2011

|| Anak Ikan Apezs ||



Melangkah dengan bersemangat ke dalam rumah ku yg indah ini. (padahal penat kaki berjalan dr bus stop ke umah ku Blok D haha). Yang utama lepas masuk umah dan beri salam. Ikan saya itu yg harus dilihat dahulu. Dulu ada ST, bunny kesayangan ku pon mcmtu juga. Kena tengok keadaan dia dulu. Tapi ST dah xde, dok kg. hehe..

Kira ikan yang ada, takot ada yg lompat kuar hehe. Tiba-tiba xcukup seekor, cari keliling dan terjumpe dok celah pokok. Ketuk-ketuk aquarium tu, dia xnak gerak pon. Tengok ikan lain bukan main berenang lagi, sekali terpandang ikan lain tengah kejar something. Fuhhyooo derang kejar anak ikan yg baru netas. Opocot mak saya!! Haha melatah la konon kan.

Rupenya ibu ikan saya yang tengah sarat mengandung ritu dah menetaskan anak-anak dia. Banyak gilerh pulak tu haha, patut dikejarnya ikan lain. Takot anak dia dimakan la tu. So niat di hati ape lagi, salin baju kerja siapkan aquarium dulu la. Bukan main susah kalau nak pindahkan anak-anak ikan tu. Yelah kecik-kecik je kan, kang kaut punya kaut terpenyet pulak haha.

And finally settle semuanya. Jom layan picture yg sempat apezs ambil.


Waktu ni masih dalam aquarium lagi anak-anak kecil tu. ikan yg besar-besar dah bawa kuar ke tempat lain haha.. bahaya nanti lambat2 bawa kuar kena baham pulak haha.
 1) yg atas tu mean dlam bentuk LOVE tu la ibu yang baru netaskan anak yg banyak haha.

2) Sebelah kiri tu. Korang nampak x? nampak x? ada anak ikan kecil yg tengah berenang bersama ibunya. alaa dalam bulatan merah.

3) Okeh yg atas tu ibu dan anak-anaknya. Ni dah kire settle mengasingkan mereka laa. Alaa asingkan dari bapak-bapak yg lain haha. 

4) sebelah kiri kita pula. bapak-bapak tu la.. akhirnya dah settle & masukkan semula ke dlm aquarium yg asal.




akhir kata majula sukan untuk ikan akrobatik haha. merepek sudeh!!. panjang tak entrry kali ni? maaflaa saje nak post sakan ngan ANAK IKAN APEZS haha.. terkena sudeh.

|| mOrning Horn haha ||





Salam morning uols. Sedapnya dapat sarapan tambah pula dngan hot milo. Korang tau arini terpecah rekod, saya makan keaw teow. Selama ni mmg xmakan mee-mee hanya nasi je. Tadi mcmane terdetik nak rasa, sebab nampak mcm sedap pulak arini. So tapau dan cuba rasa huhuu sedap upenya. So pasni leh laa rasa yang lain lak haha..

Korang makan ape tu? hari ni badan mula wat hal. Haish pelik la, tiap kali nak berweekend ada je xkena badan ni. Cuaca ke? Penat keje ke? adehs!! Yg penting jangan la demam esok tuan mu ini ada Photoshoot kat Istana Budaya. Kalau xsehat xleh pergi dan bila xleh g rugi laa photoshoot kali ni. Its going be fun okeh coz tema dia colouress tu. My colour is GREEN huhu mcmane la gaya nak kena buat ni.

Okeh korang dah g sarapan, jgn biar perot kosong. Tak elok waktu pagi nak mula kerja yg mggunakan tenaga lagi k. Hari ni xsure ada ke x berita terkini k hehe. Korang tgk belakang. Cakkk I dah berlalu pergi. Bye haha.. :)



Thursday, March 17, 2011

|| mOrning Gorgeousis ||


Salam morning uol's. Macamane hari ni? Ada bagus ke? Setiap pagi tekadkan diri nekadkan hati yg koranglah de marvelous and HOTTES okeh. Sarapan ape pula kali ni? Tak nak nasi lemak xsedap haha..

Hari ni kena siapkan keje yg 2 3 kali boss aku nak tu. haish keje keje keje, tapi habuk pon xdak. Okeh jom teman I darling, g mana? g sarapan la. Jom Hot Milo sedang tunggu I. Chowww!! :)

|| Blog Assignment Jejaka Terhangat: Cerita Seram Lagi Menyeramkan ||


Untuk hari ini pertama kali saya nak JOIN segmen dari blog Jejaka Terhangat. Korang tau ape yg dia buat? Oh dah tau erk, dari tajuk saya tu yea. Terlupa eden, hehe malu sendiri pulak. Okeh kalau dah tau tunggu ape lagi jom la sertai ramai². Baeklah malas nak bebel panjang mari lihat my Seram Stories.

0.1
klik banner jika ada yg nak join segmen ni.
0.2


Jam hampir menunjukkan ke pukul 09.00 malam. Semua ahli keluarga ku sudah pun bersiap sedia untuk masuk ke ruang tidur. Biasalah ibu ku tidak gemar anaknya tidur lewat malam, takut nanti ada yang bangun lewat pagi. Cuma yang tinggal hanya diriku di depan TV, sedang leka menonton rancangan d' TV3. Semakin leka dengan rancangan yang ditayangkan, apezs semakin malas untuk menggerakkan badannya ke kamar tidur.

Malam itu rancangan yang ditayangkan amat menghiburkannya. Matanya pula tidak berkelip mahupun terasa berat untuk tidur. Perotnya mula terasa lapar dek kerana seronok menonton. Tapi ku tetap tidak mahu berganjak kerana niat dihati tidak mahu terlepas sedikit pon situasi cerita yang the best ever ni. Argh perut buat hal lagi, kena masukkan sedikit makanan juga.

Tidak lengah, apezs pun menuju ke dapur untuk menggeledah jika ada makanan yg boleh diisi kedalam perutnya. Jam sudah menunjukkan ke pukul 11.30 malam.

Tiba-tiba...

Kedengaran bunyi yang kuat datang dari luar rumah. Apezs tidak senang duduk dengan bunyi tadi. Dia cuba mengendap ke luar rumah, jika dapat melihat dari mana datangnya bunyi yang kuat tu. Hatinya makin berdebar akan kejadian yang berlaku. Bunyi itu semakin dekat dan makin kuat kedengaran.

Terasa kaki ku teramat kebas dek kerana takut sesuatu yang bakal berlaku. Surah-surah tidak lekang dibibir aku, terkumat kamit bibirku membaca ayat-ayat yang sepatut. Aku tekad akan mengeluarkan kepala ku ke luar tingkap untuk melihat apa benda yang ada diluar. Sedikit demi sedikit kepala ku berada diluar. Malam yang gelap gelita, setiap pergerakkan pon tidak dapat ku lihat.

Sretttttttttttt....

Bunyi tu makin hampir dengan aku, tapi aku tidak dapat melihatnya lagi. Tidak dapat juga menduga apa yang berada didepan atau disebelah ku. hati ku makin bergoncang kuat, subhanallah. Tuhan saja yang tahu bertapa cuaknya muka aku waktu itu. Nasib tidak terkuncil, YA ALLAH!! terperanjat aku, bunyi itu kedengaran kembali. Kali ini makin kuat dan laju, aku pasang nekad, harus keluar rumah. Selangkah demi selangkah akhirnya aku berada diluar pintu dapur.

Tidak ku terfikir untuk mengambil lampu suluh. Astarfirullahalazim!! Setapak lagi aku ingin melangkah dan PASTI kali ini akan terbukti apa yg sebenarnya terjadi. Krekkkk.. Sekali kaki ku melangkah kedepan, pweeeeeeeee!! Benda tu lari laju ke dalam kebun belakang rumah. Dengan keadaan nak terperanjat tidaklah kesampaian kerana apa? Korang nak tau ke ape kebenda tengah meng'hantui' apezs? Itu adalah lembu² orang kampung daaaaaa, bunyi tadi pula adalah air kencing lembu yang amat kuat. Hahaha...

0.3
kena tag 2 org, siapa? :-

(oops terlebih sorang, alaa sape nak join pon boleh k)


Sorryla kengkawan cerita yang bengong je. Saje nak join seruan Jejaka Terhangat je. Cerita betul² seram belom pernah alami.


|| Bodoh Itu Kereta Aku ||

BERITA TERKINI
JAM 10.15AM



BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia.- KOSMO

Kalau korang even dia asik rosak, adakah korang akan buat mcmtu juga? saya rasa dia sanggup buat sebab dia kaya dan mampooo kan.. :)

|| Rumahku Kecil aje ||

BERITA TERKINI
JAM 09.15AM



FRAMLINGHAM, Britain - Sebuah rumah kecil dua tingkat yang mempunyai sebuah bilik tidur di Britain bakal dijual pada harga £95,000 (RM465,777) walaupun lebarnya cuma 2.1 meter dan luas 28.6 meter persegi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kediaman itu yang terletak di sini, dinamakan Rumah Petak dan merupakan antara rumah paling kecil di Britain.

Rumah tersebut pada asalnya merupakan sebahagian daripada struktur bangunan wap.

Sebuah agensi hartanah tempatan yang menjual rumah itu memberitahu, harganya melambung tinggi kerana lokasinya di pusat bandar di sini.

Walaupun ia kecil, kediaman itu tetap selesa kerana dilengkapi sebuah dapur, bilik mandi dan tandas serta ruang tamu kecil. - KOSMO

siapa nak rumah mcmtu? even kecil. angkat tangan.


|| Udang Sambal Satu ||

BERITA TERKINI
JAM 08.15AM 


TELUK BRACKLESHAM - Seeorang nelayan, Marcus Hyde menghantar seekor udang karang raksasa kepada pihak pengurusan Akuarium Blue Reef di Portsmouth, Britain selepas dia berjaya menangkap haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Udang karang itu yang sepanjang satu meter dan berat hampir empat kilogram (kg) ditangkap Marcus semasa dia memancing di sini.

Nelayan itu membuat keputusan untuk menghantar udang karang tersebut yang berusia lebih 50 tahun kerana dia menganggap haiwan berkenaan sebagai terlalu istimewa.

Udang itu juga dianggap terlalu tua untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.

Setakat ini udang karang yang paling besar pernah ditangkap ialah pada 1934 dengan berat 19kg. -KOSMO

SIAPA nak udang sambal yg mcmni? :D


Wednesday, March 16, 2011

|| Ada Orang Review Jelousios Tau ||

*STIKY POST FOR 2 DAY'S


Haha nak ketawa/menangis/sebak/meraung/menjerit @ ape yea? Tolong apezs dah tau nak cakap ape ni. Asenya nak menjerit laaa.. Boleh x ni korang?

0.1
TENGKU ASHRAN

Dia buat review ttg blog Sayap Halusinasi Apezs. Bila dia buat? Hah apezs sendiri tak tahu bila. Sebabnya saya tidak diinformkan olehnya. Tetapi saya telah mengetahui melalui blog Abg Shah Salju. Terperanjat juga la mula² kerana ingat utk Abg Shah Salju je. Klik blog Tengku Ashran *TERBELIAK* biji mata sebab saya pon ada sekali. Perghh!! Tak tahan tajuk dia Prince Charming tu. So anyway my dear friends. I would like to say thanks a lot from my bottom heart. I know u are the nice persons, keep it up. Don't care about ur mr/miss anouys, their are jelous with u. So what can I say, hope u enjoy with BLOG WORLD. Peace No War ahakz!! Jangan lupa klik banner tu, to JUMP the Tengku Ashran Blog okeh korang.





0.2
JOM KLIK BLOG

  Uwaaaa terharu habisla. persons yg ke-2 buat review utk blog Sayap Halusinasi Apezs. Uol's mampoo? Haha takde gurau je. Nama blog ni JOM KLIK BLOG dan nama tuan tanah yg selalu dia gunakan adalah AMMAR. And his too, dont tell me about this review. But naseb saya baek coz entrynya dah termasok dalam listing new saya. Jadi leh tengok dengan easy sikitkan. Cuma tak sangka yg entry baru dia berkisarkan blog saya dengan my little sweet box si danbo tu. Ngat dia tuju kat sape, baca punya baca utk APEZS laa. Haha mmg terkejut kera dah kali ke-2 ni. And what else I can say to my freinds, thanks a lot for this honor. This thanks from me and my little danbo :) Pelok ketat² balik. Korang jangan lupa terjah blog AMMAR tau, klik je banner tu :>


***********************************************************************

Panjang tak entry saya kali ini? haha but that to all my friends to okeh. I Love uol's, that true not fake from me. Tak lama lagi dah nak 400 followers dalam masa hmpir nak masuk 2 bulan ni berblogging. Alhamdulillah thanks korang! Nti jgn lupa klik HB HALUSINASI, nti pasti apezs click korangnya balik.



|| Geram Aku Tak Tahu Dah ||



apa nak jadi ni boss,

aku dah tak larat layan kerenah ko.

aku dah penat/ fed up/ benci/ nak sumpah seranah je.

kenapa ko suka sangat suruh aku buat keje 2 3 kali.

kenapa laa kalau setiap kali ko suruh buat keje tu

fikirlaa 2 atau 3 kali dulu. kan sekarang aku kena buat lain.

benda yang sama aku kena cari balik. ko tau tak aku dah malas

gilerh la buat keje mcm ni. nak je suruh

orang lain pulak buat.


|| Persendaan Tsunami Jepun ||

BERITA TERKINI
JAM 10.15AM


Bengong!!

NEW YORK - Bintang rap Amerika Syarikat (AS) 50 Cent (gambar) dikecam hebat kerana mempersendakan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun menerusi akaun Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas mendengar berita tentang beribu-ribu orang yang terkorban dalam gempa sekuat 9 pada skala Richter itu yang melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu, 50 Cent atau nama sebenarnya Curtis James Jackson III terus menghantar komen di laman sosial berkenaan.

"Wah berita ini (bencana alam) amat serius. Kalau begitu kita memerlukan semua cangkul dari Los Angeles hingga ke Hawaii (untuk menggali kubur bagi mengebumikan mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami)," kata penyanyi itu.

50 Cent yang popular menerusi album Get Rich or Die Tryin itu turut menulis singkatan LOL yang bermaksud ketawa terbahak-bahak selepas komen tersebut.

Penyanyi berusia 35 tahun itu, bagaimanapun, memohon maaf tidak lama kemudian selepas dia dikecam ramai pengguna Internet.- KOSMO

Ape nak jadi sebenarnya haish. Dah satu yg selesai, derang leh pulak nak wat lawak camtu.


|| Thanks Follow ||


Alhamdulillah kini dah berjaya haha.. Tetiba pulak kan.. ni bukan kes ape pon laa uol's. Alhamdulillah kerana diberkati blog saya ni. Sekarang followers da mncecah 4++. Dan korang nk tahu tak siapa yg bertuah tu? Ok baik! Saya akan perkenalkan kpd korang ni. Sila buka mata dan tutup telinga.

Dia adalah :-

Inilah dia. Blog Cik Sakdi nama diberi, umpama angin yang diseru². Terima kasih kepadanya kerana sudi follow apezs. Alhamdulillah juga baru berblogging dalam 2bulan 5hari dah kini. Korang tau blog dia takde en nuffnang tau, itu menampakkan dia menghidupkan dunia blog ni hanya sekadar ingin mencoretkan kisah² yg ingin dia coretkan. Sungguh berbezakan, tapi itulah hakikat yg sebenar. Semoga dia berjaya dalam dunia blog ni. Korang jangan lupa nak terjah blog dia, comel template dia. Klik je banner tu.

Daun selasih dimakan kuda,
Kuda yang cantik sayangnya buta,
Oh usianya masih muda,
But thanks so much sbb follow kita.


 Tangkap ikan guna Toba,
Siapa bilang tak kan kaya,
Dunia blog ni penuh pancaroba,
Tapi tekad semuanya hanya dialam maya.


Say hai say hallow,
Pada mama juga papa,
Thanks 400 dah pon follow,
Thanks Followers lain tidak ku lupa.

|| Jom Join Bloglist Cik SCC ||


Disebabkan saya dah ditag oleh Tengku Ashran untuk JOIN bloglist SCC. Walaupun SCC sendiri tak ajak apezs tapi apezs JOIN. Tapi lepas ni apezs jaranglaa dtg kat blog SCC yg ni sbb dia dah tukar domain.com. Tenet kat opis ni domain.com mmg dah kena block dr dulu.

Macamtu juga nasib blog SS, apezs dah jarang jenguk sbb dia dah juga tukar domain.com. Sorry kepada yang menggunakan domain, saya sukar nak BW atau dtg komen. Insyallah ada tenet lain boleh je menjengah. So SCC selamat berbloglist, apezs dah JOIN kamu!!


ada sesiapa nak join klik ini [bunny comel]





|| Keajaiban DariNya ||

BERITA TERKINI
JAM 09.15AM



SENDAI, Jepun - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berjaya diselamatkan selepas tiga hari berada di bawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi sekuat 9 skala Richter yang mengegar Jepun pada Jumaat lalu.

Pada awalnya, sekumpulan askar dari Pasukan Pertahanan Jepun yang sedang mencari mangsa terselamat di kampung Ishinomaki terdengar tangisan seorang bayi. Selepas mengalihkan kepingan kayu, batu dan lumpur tebal, mereka akhirnya menjumpai bayi tersebut.

Bayi itu ditemui dalam keadaan sejuk, basah dan menangis. Dia dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Persoalan kenapa dia tidak lemas, masih menjadi misteri.

Bayi tersebut dikatakan terlepas daripada pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu buat selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.

Sebelum dia dijumpai, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya 2,000 mayat di sepanjang pantai di wilayah Miyagi yang paling teruk terjejas.

"Penemuan bayi ini memberi semangat baru kepada pasukan penyelamat. Kami akan mendengar, melihat dan menggali dengan lebih berhati-hati selepas ini," kata salah seorang pegawai tentera terbabit. - KOSMO

*BETAPA besar kemusnahan yang dilimpahkan olehNya dan disitu juga BETAPA besar juga keajaiban yang ditunjukkan pada kita.

|| mOrning Glory ||


Salam.. Selamat pagi.. Fuhhyooooo cantik dan kacaknya korang hari ni. Nak g keje ke nak g dating ni? haha.. Dah g beli sarapan belom? Sehat? Kalau xsehat makan ubat, biasalah dengar cerita cuaca xmenentu skrg ni.

Hari yg baru permulaan yang baru. Niat mestila baru dan ikhlas okeh. Apezs nak g sarapan ni, mungkin nak makan nasi goreng with sosej and milo panas satu. Ape lagi jomlaa, jumpe nanti okeh. babai.!!

*jgn lupa ikuti berita terkini ok dari Sayap Halusinasi Apezs.

|| Berita Sukan yg Gah Konon ||

BERITA TERKINI
JAM 08.15 AM



PARA peminat sukan tempatan nampaknya seperti sudah hilang sabar apabila Radio dan Televi- syen Malaysia (RTM) masih terus gagal menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2011 sehingga malam tadi.

Selepas berlalu tujuh perlawanan Liga Super yang bermula pada 29 Januari lalu tanpa sebarang perlawanan pun disiarkan secara langsung oleh RTM, aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi turut gagal disiarkan.

Malah aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada awal pagi kelmarin, turut tidak disiarkan secara langsung oleh RTM yang sering melaungkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.

Kecewa dengan sikap acuh tak acuh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tentang soal siaran langsung sukan tempatan itu, satu laman Facebook yang dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' telah dibuka.

Sehingga semalam, seramai 2,485 sudah menyertai laman Facebook berkenaan sebagai tanda desakan supaya Rais sebagai orang yang paling berkuasa di RTM mendengar rintihan rakyat Malaysia yang mahu- kan aksi Liga M disiarkan secara langsung.

RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, Astro diumumkan sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.

Namun, Astro bukanlah pemegang hak eksklusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.

Masalah timbul apabila RTM dikatakan mahukan 'diskaun berlebi- han' sedangkan bayaran yang dikenakan Astro ialah RM6 juta setahun, sama seperti jumlah dibayar RTM kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Bukan semua rakyat Malaysia melanggan saluran berbayar Astro terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan slogan 'Sukan menyatukan kita semua' tetapi bagaimana untuk menyatukan rakyat jika RTM tidak menyokong sukan tempatan.- KOSMO

RTM sila tingkatkan prestasi saluran anda. Sebab tu ramai rakyat memilih saluran yg lebih berkesan dan menarik dari anda.

Tuesday, March 15, 2011

|| Tsunami On San Francisco ||

BERITA TERKINI
JAM 10.15 AM


Imej Ombak Tsunami

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Bencana ombak tsunami setinggi 0.5 meter melanda Teluk San Francisco di sini yang dirakamkan selepas ia bergerak lebih 8,000 kilometer merentasi Lautan Pasifik, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Rakaman itu menunjukkan gelombang kecil tsunami melintasi Jambatan Golden Gate, 13 jam selepas Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter Jumaat lepas.

Di beberapa tempat di AS, tsunami yang lebih besar melanda bandar Crescent di negeri California apabila ombak setinggi lebih dua meter memusnahkan kawasan dermaga di bandar itu. - KOSMO

*Lihat walaupun hanya 0.5meter itu pon dah cukup melemaskan kehidupan seperti manusia tau. 0.5meter bukan rendah ombaknya tu. Kuasa Allah S.W.T.

|| Ape Kes Last Minute ||


Perghhh!!! Alooo baru je nak penuhi update entry haha, sambil² 5S. Kena pergi Majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga Angkat 1Malaysia la pulak. Yg bakal dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin a.k.a Menteri saya juga haha.

Tapi kenapa baru dapat memonya, adehs macam malas nak pergi ni. Boleh sesiapa kat sini gantikan saya tak? Cepat angkat tangan anda! Ha u u u alaaa u yg tengah baca tu. Awak ganti saya okeh. Thanks! Kak dia ni ganti saya.. :)

|| Saman Ekor Tak Habis² ||


BERITA TERKINI
JAM 09.15AM


BALING - Seorang guru agama yang uzur terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Guru agama ini juga hanya menggunakan motosikal Honda 70cc sahaja dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau rumah saudara terdekat.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini semalam.

Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi. - KOSMO

*ape nak jadi dah dengan 'koreng' ni. kan dah menyusahkan pakcik tuo ni kan.


|| mOrning Cinta ||


Salam. Morning uol's, sarapan pagi ni nasi goreng kampung dengan milo panas. Korang pulak bagaimana? skema pulak!! Hari ini cuaca yang indah, suka berjalan menuju ke opis. Sejuk yang mecengkam tulang rusuk kiri laa perghh!!.

Kerja akan ku usaha untuk menyiapkan, 5S uwwaaa dah naik nampeh doh haha.. Tak tahu nak kemas macamane lagi tempat saya ni. Haish apa yg harus diperlakukan lagi dengan kertas² yang ada ni haha.. Kita bakor je kita bakor aje.

*jOm suap menyuap.

Monday, March 14, 2011

|| Panas Hot Berapi Berasap ||


hish kenapa org suka sangat nak panaskan hati aku ni. bagi la aku ruang nak happy sama, kata ogr lain je lebih tapi ko pon sama laa *** **. adek ni baru nak merasakan seronok hidup yang tiada perasaan sedih selepas apa yg dah terjadi tu.

sekarang ni *** ** lak nak cakap bukan², tolong cakap tu fikirkan dulu yea. kita dah kenal lama kot, xkan xkenal hati adek ni mcmane. nak gurau pon bukan cara yg mcmtu, adek ni bukan jenis boleh makan gurauan yg mcmtu k. So what the Fish it is. I have my feeling tu, adehs penat aku asik kena wat entry lepas geram pulak. mcm gunung dah ni asik korang nak menimbakan kemarahan aku!!

Sekali lagi What The Fish okeh!!

|| jom join bloglist Tengku Ashran ||


Kali ini saya nak join bloglist Tengku Ashran.
Ada sesiapa nak join x? kalau ada boleh la
klik sini [kacak]

*suke suke suke. kenapa yea? :D

|| Thanks En Nuffnang ||





Yeaaaaa apezs dapat kali yg ke-7 sumber pendapatan dai en. nuffnang. Walaupun amout yg kecil tapi rezeki juga kan. Susah nak dapat tapi kena bersabar ajekan. Syukur kepadaNya dan berterima kasih sangat kepada en nuffnang.


Apezs juga tidak lupa pada blogger blogger yg sudi datang blog xcomel apezs ni dan klik iklan ini. Terima kasih yang teramat sangat yea. Nak belanja korang dengan hasil ni masih xdapat lor yea. Nti ada rezeki lebih saya belanja korang hehe. Insyallah..Amin!

|| Air Kencing + Telur ||


Kalau korang suka makan telorkan. Macamane telur itu dimasak? Adakah ia dimasak dengan minya masak? Dimasak dengan marjerin? Dll.. Tetapi jangan terkejut ada org nak makan yang rebus tapi bukan dengan air paip. Ianya adalah air kencing budak sekolah k. ewwww.. bacalah sendiri.


BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

"Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk - KOSMO

|| mOrning Lover ||


Salam. Selamat Pagi lover² tercinta ku. Korang sehat ke? Dah sarapan? Saya sudeh yeaaah.. So arini kena start keje dengan gigihnya yea sbb belom siap 5S ni lagi haha. Jadi xnak bebel panjang². Nanti nak BW b4 work hard and entry baru bakal disusul kemudian okeh.

*nak cari kerja part time pulak la, keje ape yg boleh yea? ermmm..any idea 

Friday, March 11, 2011

|| U Will Marry and You'll Leave Me ||



Sedih mmg sedih tapi saya harus bersyukur dan mendoakan kebahagian dia. Itu sahaja jalan untuk melihat akan kebahagian yang akan menanti didepan saya. Patut hati tidak berasa hendak berlonjak-lonjak ke rumah Tok Da. Rupanya ada kisah disebalik agenda ini, bersyukur kepadaMu kerana cuba membuka mulutku untuk bertanya kepada ibuku ttg perkahwinan ini.
Me : Mom dah sampai ke? Tak call along pon ye.
Mom : Assalamualaikum. Eh bukan mama dah call ke. Mama da sampai bermalam umah tok da ni.
Me : (Ooops dalam hati).. Wsalam. Oh yeke, mom nak kena pergi juga ke umah kawen tu. along malas la nak g. Siapa yang kawen yea? (lama dah nak tanya)
Mom : Ikut kamu la along. Tapi tak perlu datang pun takpe long, mama xnak Long bersusah hati balik. Yana yg kawen, rest je kat rumah ye. Kalau mama ada masa, mama g umah along b4 balik kg. k.
Me : Oh yeke mom. Okeh Assalamualaikum.
Adakah saya terlalu over ni? Maaf saya nak luahkan dalam blog saya sendiri. Dan itulah hikmah yg perlu saya hadapi dan terima. Jadi saya dok rumah saje la. Patot makcik² suruh aje datang xnak pon bagitahu siapa yg bakal kawen. Sampai hati!!!. Ini msj darinya semalam :-

"Tak ku pinta malapetaka yg jatuh menimpa dan menguji cinta kita. Namun daku tak sanggup lihatmu mengorban hidupmu, semata mata untuk ku. Wahai sayang, kau sepatutnya dicinta wanita yg lebih sempurna. Pergilah sayang dirimu kan tetap daku kenang. Setiap malam berlinang airmataku jadi perangsang merindu sayang. Kasihku berikanku peluang untuk menatapi wajahmu, agar abadi diingatanku. "