About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Friday, February 25, 2011

|| Kereta Jejantas ||


VENICE - Sebuah kereta dipandu melalui jejantas yang khas untuk pejalan kaki bagi menyeberangi terusan air di bandar ini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Volkswagen Polo itu melalui jejantas tersebut pada awal pagi.

Bagaimanapun, empat orang berusia dalam lingkungan 20-an yang berada di dalam kereta itu memutuskan untuk mengambil jalan pintas dengan melalui jejantas tersebut.

Satu rakaman kamera litar tertutup merakamkan pergerakan kereta tersebut yang melalui jejantas itu.

Keempat-empat orang itu ditangkap polis semasa mereka kembali untuk menaiki kereta tersebut selepas bersiar-siar di kawasan berhampiran.

Semasa disoal siasat, keempat-empat orang itu memberikan alasan jejantas itu digunakan kerana mereka mahu menemui rakan dalam tempoh yang singkat.

Pihak berkuasa kemudian melarang mereka kembali ke Venice selama tiga tahun disebabkan perbuatan tersebut.- KOSMO

*hah tu laaa, kerja kira nak senang aje. kemudahan org lain pon tak reti nak faham. padam muka 3 tahun tu..

3 comments:

Hanis MY said...

lerr per salahnya berjalan menikmati pemandangan...tiba2 teringin nk g venice..apekah???

qaseh johanna said...

uuiihh.. takkan le sbb salah tu je pon smp takleh dtg selama 3thn..

truknye..

niesz said...

hahaha..kecian kat die..duk ctu diam2..