About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Tuesday, March 1, 2011

|| Selamat Pagi. Rejam Gaddafi ||


Selamat Pagi semua.. Pagi ini tidak dalam keadaan yang baik sebab ape? sebabnya hujan di pagi hari, nak ke keje pon suseh lor ahakz.. Tapi saya tetap juga berjaya untuk saya sampai ke pejabat haha.

Pemenang untuk my contest dah diumumkan. So ape lagi jom laa kita g sarapan dulu.

BERITA TERKINI
GENEVA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton merayu masyarakat dunia supaya menghukum pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dan rejimnya kerana kekejaman yang dilakukan oleh mereka.

Hillary berkata, antara tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Gaddafi ialah membunuh askar-askar yang enggan menembak saudara sebangsa mereka.

Dia membuat rayuan tersebut ketika bercakap dalam sidang Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini semalam.

Tegasnya, Gaddafi perlu meletak jawatan serta-merta tanpa penangguhan atau keganasan lanjut.

Hillary menyatakan demikian selepas menggesa sekutu-sekutu AS di Eropah supaya melaksanakan sekatan keras terhadap pentadbiran Libya.

Gesaan beliau dipersetujui EU yang melaksanakan larangan perjalanan, sekatan senjata dan pembekuan aset ke atas Libya semalam.

Jerman bagaimanapun mengemukakan usul lebih serius dengan mencadangkan sekatan ekonomi 60 hari terhadap rejim Gaddafi.

Sekatan itu bertujuan menghalang Gaddafi daripada menggunakan hasil jualan minyak negara dan pendapatan lain untuk terus menindas rakyatnya.- KOSMO

19 comments:

qaseh johanna said...

apezs..betol ke berita terkini tu..??

ke cume propaganda AS utk tunjuk diorang baik..??

psstt..akak tak taw sangat hal2 dunia ni..kalu hentam+kritik taw le..hihi

apezs shah said...

|Qaseh| Betollah kot kak.
Nie paper kosmo yang keluakan kenyataan jadi saya petik dari situ. Propaganda atau tidak apezs sendiri kurang pasti.

*akak pandai kritik aje hehe..:p

SUHAIDA said...

jom breakfast

apezs shah said...

|sue| Jom nak makan ape yea hehe...;)

ch!natsu said...

haii aperla nak jadi..
sana perang cnie perang.. hmm2~

KakD said...

hohoho masih lagi teringat2 akan selimut, tilam, bantal kat umah lorrr huhuhu

qaseh johanna said...

apezs :: oooo..kate akak eh..ciss

Aleen Aiden said...

tempat alin yg xujan ni pun alin payah nak bangun.klo ujan pagi2 hari xtaula.hu3

Julien Hakym said...

hello..
lma x jengah di blog sayap ni..
well, hv a nice day apiz!

apezs shah said...

|chinatsu| entah la apezs sendiri tak tahu chinatsu. ini kerana dunia dah akhir zaman.

apezs shah said...

|kak diana| haish adolak..
mana boleh mcmtu.. xelok lah..:p

apezs shah said...

|qaseh| haha mana ada laa kak...:p

apezs shah said...

|aleen| hamboilaa.. bhayalaa kalau mcmni. susah nak bangun ni anak dara..:p

apezs shah said...

|julien| hello..
hehe thanks kerana sudi nak dtang juga...;)

Bunga said...

jom makan..sapa yek yanga akan menang..

heheh..dulu first2 baca blog ni pening..hahah..sbb baru belajar..sekarang dah paham cikip..hakhaka..

apezs shah said...

|bunga| jom makan tenghari la kan. :)

Pening baca blog apezs ke semua blog ni hehe.. kenapa pening?? :p

mrs kayrul said...

dah tengahari baru terjah...jom McD...

c-tea said...

betul ke berita nie...huh

nur aisya humaira said...

jom lunch plak..:)