About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Friday, February 25, 2011

|| Kuala Lumpur Pon Banjir Kilat? ||



KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk petang semalam. Laluan terlibat ialah Jalan Tun Razak bermula di hadapan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) menghala ke Cheras, Jalan Ampang dan Jalan Semarak.

Banjir kilat akibat hujan lebat itu turut menyebabkan 12 buah rumah di Taman Sri Rampai dan sebuah lagi di Taman P. Ramlee, Setapak dinaiki air.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, banjir kilat itu menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Hujan lebat pada petang ini (semalam) menyebabkan air di Sungai Gombak dan Sungai Bonus melimpah.

"Akibatnya berlaku banjir kilat sedalam kira-kira 0.7 meter sekali gus menyebabkan banyak kenderaan ringan terperangkap di beberapa jalan-jalan utama di ibu negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 
sumber : KOSMO

*Lihatla KL pon dah banjir, pemanasan global.

3 comments:

nur aisya humaira said...

morning apezs..:)
makk aiihh, tetibe je banjir kt kl..

My Little Diary said...

lega saya tak kerja di KL.... hehe

ShA + ZaM = LoVe said...

morning apisz..
tu la tgok gak kat brita smalam.. dasyat.. teringat plak kat kete kancil my friend masuk air sbb banjir kat tmpat yg sama tahun 2008 heheheh dah la time jem sedey betul..