About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Monday, February 28, 2011

|| The Winner is.... ||


YEEEAAAHH!!!..

Masa yang ditunggu telah pon tiba. Apezs akan mengumumkan pemenang bagi CONTEST : The Best Header For Apezs. Memang amat sukar untuk apezs memilihnya. Tetapi inilah yang terjadi pada apezs.

Tanpa membuang masa lagi apezs akan mengumumkan pemenang bagi kejohanan ini. Wahh kejohanan pulak! Pemenangnya adalah *bunyi drum..

||

||

||

||

||

||

||

||

||

||

||

||

||

||

||

VVVVV
VVVV
VVV
VV
V

Dia telah melakarkan/mencoratkan satu header yg lain daripada yang lain. Yang apezs xsangka akan kewujudan header mcmni. Maaf bukan peserta lain tidak cantik akan headernya, semua cantik sangat sampai mata naik biru tgk semua header yg ada.

Tetapi kelainan yang dibuat oleh Mr. P itu yg telah menarik hati apezs ke arah header yg dibuat. Mr. P ni mmg hebat dalam design apezs rasa, ada member dia yg perkenakan pada apezs.

Tapi apezs tak ingat siapa yang telah kenalkan Mr.P supaya join my contest. Kemudian lama juga dia nak join contest apezs coz dia ni a busy man. Tak percaya ke? Nanti boleh g terjah blog dia, tgk n3 yg ada haha. Dia ada cakap, kalau header dia menang, apezs nak tukar atau ubah sikit pada header tu pon ok dan dia nak pasang secara percuma okeh. WOW!! Awesome.

Jangan buang masa korang boleh klik ini untuk lihat header yang telah dia lakarkan utk Header Sayap Halusinasi Apezs.

Nak lihat peserta peserta yang JOIN dalam contest ni, sila klik ini [contesting]

|| Check Your Summons Here ||


Entry walaupun pendek je. Tapi 'berguna' kepada semua yg memilik lesen utk memakai kereta mahupun motosikal. Dah g klik link yg I kasi, check saman anda. Ada org cakap check lepas-lepas mcm xbetol. ada yg cakap server ada yg xupdated kita punya summons. Jadi tgk ape lagi, dah g klik dan masukkan IC je. Kalau "berguna" cakap k.



http://reloadmaster.webs.com/JPJ.htm?pw1=861124386465

|| Mood Takde Blog.. Missing U ||

Klik kasi besar!!
yg jelas terjadi.




Mood takde langsung hari ni. Entah la pergi mana ia, ku jua tidak ketemu. Sudah penat ku jejak, sudah penat ku pantau tetap juga tidak mampu untuk kutemuinya. Blog pulak sudah buat hal, kenapa entah la. Takkan nak kena buat blog baru?

Dah jadi mcmtu juga seperti apezs punya blog yg lama. Ada tak sesiapa dekat sini tahu pasal hal ni? Boleh apezs lakukan terbaek utk my blog kan hehe.*xde mood pon leh gelak, ke fake je?. Dah aaaa missing someOne but WHO??
**tunggu keputusan CONTEST HEADER APEZS okeh. **

|| Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011 ||



Hah sesiapa yang nak join sila lah klik pada caption tu yea. Ape? Susah dan xnampak haish, k klik sini --> [anastasyea]

|| Justin Bieber Menjerit Kerana Rambut ||


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal yang berusia 16 tahun tetapi kini merupakan seorang jutawan, Justin Bieber menjerit bagi meminta seorang hos program perbualan The Talk supaya jangan menyentuh rambutnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bieber menjerit: "Jangan, jangan, jangan. Jangan sentuh rambut saya."

Penyanyi lagu Baby itu membuat permintaan itu dengan spontan semasa hos program tersebut, Holly Robinson Peete cuba mengangkat topi besbol Bieber.

Kelakuan penyanyi itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia telah memotong rambutnya pada minggu lalu untuk dilelong dalam satu majlis amal.

Sebelum ini Bieber pernah tampil dalam majlis bual bicara yang dihoskan Ellen DeGeneres.

Penyanyi itu menunjukkan beberapa helaian rambutnya yang telah dipotong yang disimpan dalam sebuah bekas untuk dilihat oleh hos tersebut. - KOSMO

*****

Perghhh bayangkan Bieber punya rambut pon boleh jadi lelongan yea. kalau rambut apezs jgn cakap nak lelong, bagi free pon xnak. Kang ada yg sumpah seranah aje haha.. Bagus lucky budak Bieber ni. Tahniah utk dia!!

|| Pagian Indah Tak? ||


Assalamualaikum W.B.T

Apa kHabar korang weih.. Rindu banget sih!! Sudeh makan belom? Macamane dengan hari cuti korang? Perghh for me busy banget.. Rumah dah 3 minggu tak berkemas, sepahnya rasa. Bila la boleh mengemas rumah ni, balik kerja ada kerja lain. Bila weekend ada keje luar lagi, hbs bila nak settle niah!

Semalam penat seharian mengewang kat KL (TS,Sg.Wang,Lowyat BB). Ada meeting utk modeling² dan planing for next program. Habisla mggu depan dah start pulak tu, hbs bila nak kemas umah ni. Citss harus amik cuti haha..

Tak payah cakap banyak jom la kita g sarapan pagi untuk kesejahteraan perot dan minda haha.

Sunday, February 27, 2011

|| CONTEST : The Best Header For Apezs ||

.......... Bertemu lagi kita wahai kaki blogger. n3 kali ini bukan berkaitan dengan my personal atau sebaliknya yang pernah apezs buat. Kali ini saya nak buat sedikit percubaan yang mana ingin melihat adakah blog saya boleh diterima oleh semua. Walaupun saya masih baru dalam dunia BLOG ini. Saya pasti ramai yang ingin menunjukkan bakat yg terpendam kepada apezs. Betul tak? Jadi jangan malu jangan segan, mari reramaikan diri untuk menyertai contest apezs yg pertama kalinya...........

Jom kita mulai :-

  1. Letak header apezs yg sekarang ni dulu ye.
  2. Follow blog ini, supaya mudah untuk berurusan masa akan datang kan.
  3. Korang jangan lupa tajuknya : The Best Header For Apezs dan LINK kan tajuk itu ke entri ini.
  4. Korang bolehla mencipta satu header yg bersesuaian dengan blog ini. [Disebabkan ramai yg request utk saya adakan 1/2 picture saya. Jadi akan diletak silakan ye]
  5. Selepas header yg korang buat kemas diletakkan, pada entri korang sila buat satu ucapan yg menunjukkan keikhlasan header itu dibuat. Tidak lebih dari 100 patah perkataan.
  6. Apa lagi sila tinggalkan URL/link entri yg korang buat itu di ENTRI ini. [jgn yg entri lain tau].
  7. Sesiapa pun boleh JOIN ye.
  8. Tarikh tutup 27/02/2011. Pemenangnya akan diumum pada 28/02/2011.


** Bukan setakat ini sahaja berakhirnya. Setiap header yang saya telah pilih terbaik dan akan menggunakannya akan mendapat sanguhati dari saya. Saguhati apa yang bakal saya berikan? Itu biarkanlah rahsia tetapi hadiah tu lebih kurang utk 3 hr berturut2. Tidak lupa juga saya akan buat sedikit review ttg blog pemenang.




Friday, February 25, 2011

|| Dugaan Solat Jumaat ||


Peuwwww..... Panas teriknya kat luar arini, naseb dah sampai di opis. See awal-awal apezs dah mengeluh semacamkan. Mmg banyak dugaan yg perlu kita hadapi setiap hari. Contohnya :-

Kes 0.1
Bersiap sedia dengan kawan nak ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Dah waktu terlewat sbb sebelum tu tertido sekejap dimeja opis. Biasalah opis goment ni kan waktu jumaatnya awal rest dan lama. Naik motor kawasaki (<-- tipu je) dia ke masjid. Belum sampai setengah jalan, member cakap. Alamak Tayar pancit, so ape lagi park motor dan jalan kaki ajelah ke masjid. Alhamdulillah dapat pahala lebih hehe...

Kes 0.2
Tengah meninjau-ninjau tempat nak diduduk. yeaa ade kosong, pergi melabuhkan bontot kat sebelah budak sekolah dan sebelah lagi kosong. Yg nak dijadikan cerita : mula² ngat bdk sekolah tu tengah dok berzikir ke apa sbb belom khutbah dibacakan lagi. Biarkan jelaa waktu tu, sekali dah masuk khutbah si budak sekolah  ni dok ala-ala berzikir lagi. Sekali ku pandang sebelah kiri mmg cobaan la. Dia bukan 'berzikir' tapi tgh layan tido ulik mimpi upenya. Tersenggok-senggok kepala budak ni. Jap atas jap bawah haha apezs nak gelak tapi ape org kata. Nak tegur haish penampaq juga ku kasi karang. Jadinya ku biarkan saje, kawan dia dok ketawa aje kejenya. *malu aku dok sebelah.


Itulah kesah solat jumaat saya untuk hari ini kehkeh!!
meih jmput makan asam.


|| Kepala Pecah Belah ||

Perghh gilerh!!!

Kepala saya tengah berdenyut sakit nak mampos..
Bukan dek kerana cuaca atau masalah cinta..
tapi kepala tengah headache/migrain dek
kerana tgh memikirkan TAJUK LAGU
yg mana harus ku bawa dlm pertandingan nanti.

Ini sudah melampau tahap gaban okeh.
apezs tak tahu, mana satu pilihan yang perlu
saya bawa. Sebab apezs bukanla pandai dalam
bab nyanyian ni sangat. Tapi nama dah dimasukkan
tidak dibenarkan menarik diri pulak tu. mamposla
kalau macamni.

undi pada Poll EN Nuff tu.

Korang g la tolong undikan untuk apezs
kat poll yg apezs dah siapkan tu. Kat mana?
<---- tu yang sebelah, ada kan. Undikan utk apezs
yea. Please, dah tak tahu nak pilih. Sore sumbang seih!!

MIGRAIN!!!

|| mOrgen AmiOs ||


Assalamualaikum W.B.T

*tajuk tah ape² la pagi ni haha. Hey korang, sehat? Hidup perlu ceria betol tak? Kalau tak ceria, nti apa yang kita suka dah hilang minatkan. Pepagi ni apa yg perlu kita buat? Yes betul tu cik kiah..

Kita kena pergi sarapan dulu. Ada sesiapa yang pagi² tak ambil sarapan? Sarapan itu penting utk kesihatan kerana ia bagi mencerdaskan minda dan otot-otot dan sel-sel badan. *see saya nak bebel ke ni haha..

oklah jom g sarapan. Pjg² ni tak boleh sangatkan haha. Nasi Goreng Kg. beserta Milo Panas. Layannnnn!!!

|| Kereta Jejantas ||


VENICE - Sebuah kereta dipandu melalui jejantas yang khas untuk pejalan kaki bagi menyeberangi terusan air di bandar ini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Volkswagen Polo itu melalui jejantas tersebut pada awal pagi.

Bagaimanapun, empat orang berusia dalam lingkungan 20-an yang berada di dalam kereta itu memutuskan untuk mengambil jalan pintas dengan melalui jejantas tersebut.

Satu rakaman kamera litar tertutup merakamkan pergerakan kereta tersebut yang melalui jejantas itu.

Keempat-empat orang itu ditangkap polis semasa mereka kembali untuk menaiki kereta tersebut selepas bersiar-siar di kawasan berhampiran.

Semasa disoal siasat, keempat-empat orang itu memberikan alasan jejantas itu digunakan kerana mereka mahu menemui rakan dalam tempoh yang singkat.

Pihak berkuasa kemudian melarang mereka kembali ke Venice selama tiga tahun disebabkan perbuatan tersebut.- KOSMO

*hah tu laaa, kerja kira nak senang aje. kemudahan org lain pon tak reti nak faham. padam muka 3 tahun tu..

|| Ikan Besar dr Pemancing ||


TASIK TINAROO, Australia - Seorang budak berusia sembilan tahun, Riley Vallance berjaya memancing seekor ikan yang lebih besar daripadanya dalam satu pertandingan di sini, lapor akhbar The Cairns Post semalam.

"Saya bergelut selama 20 minit untuk mendapatkan ikan tersebut," kata Vallance yang belajar di tahun empat.

Vallance yang mempunyai berat 25 kilogram (kg) dan tinggi 131 sentimeter itu memperoleh ikan tersebut yang seberat 27.6kg serta panjang 132 sentimeter.

Menurut bapanya yang merupakan seorang ahli biologi, Terry Vallance, ikan tersebut terpaksa ditanam di belakang rumah kerana peti sejuk di rumahnya tidak muat untuk menyimpan ikan itu. - KOSMO

*Perghh terre betol budak tuh, dpt naikkan ikan besar tu. Hampir dengan tinggi dia dan berat dia.

|| JLO Sebak dgn Keputusannya ||


LAS VEGAS - Juri program realiti televisyen American Idol, Jennifer Lopez, 41, yang popular dengan panggilan JLo menangis semasa dia mengumumkan seorang peserta kegemarannya, Chris Medina, 26, disingkirkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Jenny From The Block itu terpaksa ditenteramkan oleh dua juri lain, Randy Jackson dan Steve Tyler selepas dia menyingkirkan Chris dalam program tersebut yang disiarkan kelmarin.

Chris pernah mendedahkan kisah hidup tunangnya, Juliana Ramos yang menderita kerana masalah kecederaan otak akibat terlibat dalam kemalangan kereta sebelum majlis perkahwinan mereka tahun 2009.

Juliana kini meneruskan hidup dengan menggunakan bantuan kerusi roda.

Dia juga tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.

Chris dan ibu wanita itu memberi sepenuh perhatian untuk menjaganya.

Kisah hidup Chris itu membuatkan JLo berasa amat simpati terhadapnya.

JLo memberitahu peserta tersebut semasa dia menyingkirkannya dengan berkata: "Secara jujurnya, hati saya berkecai untuk menyatakan ini tetapi kamu (Chris) tidak berjaya dalam senarai 24 peserta yang teratas."

Chris kemudian mengucapkan terima kasih kepada juri sebelum beredar.

Namun, sebaik sahaja Chris meninggalkan pentas American Idol, JLo dalam nada sebak berkata: "Saya rasa macam tidak memberitahu dia dengan cara yang betul. Saya rasa teruk sekali. Saya tidak mahu buat ini (penyingkiran) lagi.-KOSMO

*JLO kan selalu membantu mangsa² kekejaman, negara miskin dll.

|| Kuala Lumpur Pon Banjir Kilat? ||



KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk petang semalam. Laluan terlibat ialah Jalan Tun Razak bermula di hadapan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) menghala ke Cheras, Jalan Ampang dan Jalan Semarak.

Banjir kilat akibat hujan lebat itu turut menyebabkan 12 buah rumah di Taman Sri Rampai dan sebuah lagi di Taman P. Ramlee, Setapak dinaiki air.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, banjir kilat itu menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Hujan lebat pada petang ini (semalam) menyebabkan air di Sungai Gombak dan Sungai Bonus melimpah.

"Akibatnya berlaku banjir kilat sedalam kira-kira 0.7 meter sekali gus menyebabkan banyak kenderaan ringan terperangkap di beberapa jalan-jalan utama di ibu negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 
sumber : KOSMO

*Lihatla KL pon dah banjir, pemanasan global.

Thursday, February 24, 2011

|| Colourfull of Love ||


0.1 SEDIH?
Dulu dirimu tidak bermakna langsung dalam setiap saat ku.
Dulu dirimu tidak ada langdung dalam harian ku.
Dulu dirimu bukan pilihan hati ku.
Dulu dirimu tidak pernah ku inginkan walaupun sekelumit diri ku.
Tapi ternyata kini berbeza....

Kini ku tahu akan hadir mu.
Kini ku tahu akan kemunculan hari mu.
Kini ku tahu bertapa yakinnya hati ku pada mu.
Kini ku tahu cinta dan kasih mu.
Kini ku tahu akan kisah hidup mu.
Tapi ternyata kini berbeza....

Selama abad dirimu ingin jauh dari ku.
Selama abad dirimu ingin pergi dari sisi ku.
Selama abad dirimu mahu akan tiada hadir ku.
Selama abad dirimu yakin yang ku bukan sudah milik mu.
Selama abad dirimu harus ego pada diri ku.
Dulu, Kini dan Selamanya ku tahu DIRIMU sudah tidak inginkan KU!!


0.2 Lawak?
Pak Kulop baru sahaja membeli motosikal baru. Pada suatu hari beliau pergi ke bandar menaiki motosikalnya. Itulah kali pertama beliau pergi ke bandar. Beliau sangat gembira apabila meronda-ronda di bandar menaiki motor barunya. Sampai sahaja di simpang yang mempunyai lampu isyarat beliau terus berhentikan motornya kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah. Apabila lampu bertukar warna hijau, Pak Kulop masih tidak bergerak. Polis trafik yg berada disitu pelik melihat perangai Pak Kulop. Polis trafik itu terus pergi ke arah Pak Kulop :-

Polis : Pak cik, kenapa tak bergerak pergi?

Pak Kulop : Kenapa? (terkejut)

Polis : Bukan ke dah lampu hijau tu!

Pak Kulop : Ohhh.... saya tengah tunggu warna kegemaran saya menyala, baru lah saya bergerak pergi.

Polis : Harulaaa... (mcamane laa dia ada lesen ni)

|| iPhone Tak Popular? ||


LONDON - Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon
pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.

Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.

Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.

"Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna," kata komen di uSwitch.

Telefon HTC dan beberapa gajet lain meniru aplikasi skrin sentuh iPhone yang menjadi popular.

Semua telefon pintar kini menawarkan akses Internet kelajuan tinggi bersama-sama video, muzik dan pelbagai jenis permainan.

Rasa macam tidak percaya pula, gadget yg terlampau famous suatu masa dulu kini dah tidak lagi. Kenapa yea? Adakah maksudnya disini orang bukan sekadar mencari kehebatan perisiannya kan tetapi ia dilihat juga pada HARGANYA!!

Itu saya pun setuju sesangat, tidak perlulah nak kata sangatkan. Harga kalau mahal gilerh siapa yang tidak termampu mmg kena tunggu lama laa. baru mampu untuk membelinya. Macam saya ni, tengah mengumpul dan menunggu yang baru bakal keluar haha.


*pakai jelaa HP mana pon janji korang happy [",]
 SUMBER : KOSMO

|| Pagi Jiwa ||


Assalamualaikum W.B.T

Jalan ke hulu membawa angan,
Bawa bersama cik kiah lepat,
 Kalau b'jalan nak berpegangan tangan,
Kok yea pon biarlah bertempat.

Tetiba pepagi ni nak berpantun pulak kan deme. Haish Pepagi mcmni n3 nak tegur semua kenalan BLOGGER je dulu.. Nanti barulah share segala apa yang perlu kan kannn.. Dah la jom kito g make (makan).


*Yeaaa dah gaji hari ni haha, tetiba suka sangat. Padahal hutang dok tunggu suruh bayar ni. Uwaaaa!!

Wednesday, February 23, 2011

|| The Best Header For Apezs* ||


n3 kali ni nak bercerita sedikit ttg CONTEST yang apezs anjurkan tu. Kalau ada yang tau meih klik itu --> [cute]. Nak promoted sedikit atau nak kongsi sedikit hal² yg terjadi berkaitan contest ni haha.

0.1 Kerisauan yang tersangat kerana semua penyertaan yang terlibat oleh para-para blogger sangat sengit dan kesemuanya cantik dimata. *belom dihati lg ahakz, ada yg marah x!?


0.2 Hati apezs dah berbelah bahagi untuk memilih yg mana bakal dinobatkan sebagai pemenang.


0.3 Takot juga jika hadiah yg apezs ikhlas nak berikan tu xsetimpal dengan apa yg telah dilakukan oleh peserta Blogger ni. Tu je yg mampu sebenarnya hehe...


0.4 Tak sabar nak tutup penyertaan ni sebab dah rasa gusar dihati ini haha.


oklah takpe korang jgn isau hal apezs tu, lupakan aje. Korang layan serba sedikit header dari blog penyertaan ini :-
Adam Long * S.C.C * Life is Simple * Aina R * Aku is Aku * Mr. Ixbarr * Areff * LovelyPinky * Hazel * Adli * MAPPIAU * Epul's * Yad'z * C.L * Mr. P * C-Tea * mRam

Korang rasa siapalah apezs pilih yea??

|| AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK! ||

Yeaaaaaa kali -2 untuk hari ini saya JOIN any contest/segmen/award dari rakan blogger Malaysia ni haha. Jom tgk apezs kata apa :-


sesiapa nak join klik ini [TUA].
harap apezs join ni sempat la hehe~

|| Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011 ||


Okeh disebabkan saya agak kesibukan dan kekeringan idea untuk mengentrikan blog saya ni. Saya nak join award yg bakal diberikan oleh blog Luncai. Korang nak tahu macamane? Meih datang dekat² dan klik ini [HSL] segala detail ada dalam tu.

0.4
H.S.L nak apezs tag blog yg paling hensem dan cantik. Jadi ini yang apezs cop kan di dahi BLOG nya :-

Live With Sandra [blog lelaki yea]


*adoh k laa nak away, sakit kepala sgt!.

|| Selamat Pagi Cinta ||

Hah tgk danbo sanggup panjat pokok nak wish kat korang morning.
Salam dan amious korang dek kesayangan ku haha. Sarapan apa agak² ni? Saya nak g sarapan ni, ada sesiapa yg nak follow saya g sarapan ke? Nak kena belanja yea? Boleh je milo panas 1, no hal.

Tunggu macam biasalah yea n3 yang bakal saya paparkan. Kalau ada yang suka apezs pon suka haha. Korang pulak jangan lupa share ape yg ada dgn saya tau. Hari ni rasa macam tak berapa sehat laa kepalaa ni, haish jangan laa lama sangat la xsehat ni.

Oklah kalau bebel lama-lama susah korangkan, perot pon lom terisi kan. Jomm!! Jumpa lagi.. Salam.

Tuesday, February 22, 2011

|| Bored Tahap Rabak ||

BERCINTA?!!

Ku inginkan mu, ku mahukan dirimu. biar berjauhan dari sejuta batu dan lautan ku tetap menunggu dan menyintai dirimu. Lantas akan ku gagah dalam meniti hari-hari yang bakal datang dengan mengibaratkan cintamu. Jauh disudut hatiku tidak pernah akan melupakan dirimu. Tidak kira kau akan pergi jua dari sisi ku.




Perghh!! Siapa kat sini pernah bercinta dengan cikgu masa dia bersekolah hah? cepat angkat tangan dan kening kanan. Apezs nak amik rekod ni, ini bagi memudahkan saya untuk melaraskan segala apa yg berlaku.

Haha apelah apezs merepekkan. Mahu saya tidak merepek, idea nak keluarkan bagi n3 yg berguna pada semua takde lagi ni. Mana pergilah derang ni kan, kes semalam ikot contest GiveAway Edy : KATA KAU. Tu la kot pasalnya apezs punya sel-sel otak kering dan membeku haha.

Haha nak salahkan contest tu pula kan. Tak baek tau, berdosa besar nanti. kehkeh.. Korang lunch makan ape? Bagi apezs g rehat dulu la yea.. Bertapa sekejap. Jumpa nanti!!

|| Kalau Ini Itu Kata Perempuan! ||

Disebabkan idea dah kering, saya hanya sekadar share info² yg kawan apezs emailkan. Enjoy its!!

KALAU POMPUAN KATA KAT KITA (LELAKI)

1) Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2) Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3) Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je..
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4) Kalau pompuan kata : eh....u call ekk? I tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no. ko naik tapi saja aku malas nak jawab..

5) Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,I bz la sekarang ni...nanti i free i call u kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6) Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja, boleh blah la...

7) Kalau pompuan kata : i tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8) Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik cepat la...ada hal....
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9) Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni... mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so.. paham2 sendiri la

10) Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah
le ngorat aku...

*cepat bagi ulasan hehe~

|| Selamat Pagi Kerinduaan Pilu ||


" Biar beribu kau sajikan dengan kata-kata, padaku ia hanya dusta belaka. Biar selautan kau curahkan kasih sayang, ia tetap sudah berbeza. Kini aku sendiri, tanpa cinta dihati lagi. Ku mengerti sejenak tentang kemahuan dan pengorbanan dari dirimu untuk ku. Biar ia pergi jauh dari sudut ini tetapi percayalah satu ku masih sayangkan dirimu. Jangan dibiar bara yang tersimpan, jangan dikenang cinta yang bakal pergi. Hanya satu yang ku pinta dari isi hati mu sayang, berlabuhlah hati mu demi ketenangan abadi mu sendiri. Biarkanlah aku sendirian kerana aku tidak berhak untuk dirimu lagi. Ku sekadar melukut ditepi gantang mencari sekuak kasih sayang. Aku diantara kalian yang sedar akan realitinya tetapi perit untuk menerimanya. Janji termenterai sudah tapi hakikat yang menggulungkan segala. Berdirilah wahai kasih. Berdirilah wahai sayang. Yakinkan dirimu, kau berhak untuk berbahagia dengan si dia yang baru. Ku dari jauh hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan kebahagian yg akan menyelubungi ikatan kamu. "

hasil nurkilan,
apezs shah

Selamat Pagi Blogger?!
Sarapan apa? Hari ni tak banyak nak kuarkan idea lagi.
Nanti ajelah. Mencari ketenangan dalam mood dulu hehe.
Dlm box hanya luahan sanubari. Jadi jom g sarap sambil cuci mata hati.
*jauh perjalanan makin dekat dengan kehidupan.

Monday, February 21, 2011

|| Cinta Sampai Disini ||

cukuplah sampai disini.. aku sudah tidak mampu menahan. haruskah aku sahaja yang memahami kehendak kau dari situasi yang sangat2 kau tahu. Ini semua hanya dugaan, kenapa kau tidak mampo untuk bertahan dan cuba untuk memulihkannya. kenapa kau terlalu egois, sehinggakan kekasih kau sendiri telah memohon maaf dengan kau. bukan dia minta untuk kau berubah tetapi mengharapkan kau supaya pandai berfikir sejenak ttg apa yang telah terjadi dibiarkan lepas sahaja.

|| Tahniah Bro Ben ||

pict ambil dari blog kak yaya azura.
Perghh!!!

korang tgk bro ben kita. followers/pengikut blog dia berapa dah tu? 10 000 tahu tak? bukan 10 orang tau. Perghh mmg mantop betollah blog en ben ni. Saya nak ucapkan tahniah la untuk Bro Ben diatas kejayaan yg begitu hebat dan memberansangkan.

Bro Ben @ En Ben ni selalu buat segmen dan dari situ saya dikenali oleh kenalan followers saya juga. Jadi kalau korang nak ketahui rahsia ke apa yg patot g laa jengah @ terjah blog Bro Ben. Mana nak klik yea? Hah g klik tu

|| Rezeki Yang Datang DariNya ||

kredit to en. google
Allhamdulillah..

Itu yang apezs lafazkan. Rezeki utk lunch apezs arini, nasi berlauk. Dibelanja oleh rakan sepejabat, actually dah kenyang habis perot ni. Dah dia kasi apezs kena jugala habiskan yang ada ni.

Kalau tidak kecik hati dia, rezeki pon xsuka apezs xmakannya.. Betul tak. Hah ada orang cakap tuh, "padahal apezs mmg kelaparan". Wah sape cakap tu.. takde makna okeh.. Im on diet NOW.. kehkeh~

JOM lunch la korang. Jgn ngadap pc aje, perot pon nak kena isi. Bukan n3 aje..ahakz 

|| FaceBlog ||


ULASAN :
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.TERIMA KASIH.

|| GiveAway EdY : KATA KAU! ||

Tanpa segan silu abg shah telah TAG apezs bagi n3 beliau untuk menyertai GiveAway EDY : KATA KAU!. *jgn marah abg shah lawak je

Jadi apezs ape lagi nak JOIN ini GiveAway lah.. Mana tahu rezeki saya ke kan.. Insyallah.. JOM :-

1.0
~Done~



2.0
|| Bawa Ku Pergi Ke Jalan Indah Bersama ||

~Pergh!! Susah gilerh nak fikir part CAPTION tu. Macam nak keluar segala sel-sel otak ni haha.. Tapi takpe eden dah pon siapkan .. Itulah yg termampu je. Lawak atau sebaliknya tak kesah la haha.~

3.0


~ nama baru ke ni S.S? ~


Okeh apezs dah settle untuk GiveAway ni.. So kepada sesiapa yang nak JOIN kan.. Boleh la klik sini [ugly ke]. korang kena jenguk juga sbb hadiah dia giler² punya menarik hokeh~ 

SEMOGA BERJAYA

|| Cak Naik Lagi ||

n3 kali ini berkaitan ape pula yea?

Hah ini pasal my followers la.. Korang apezs baru je balik dari bercuti sakan, masuk je keje on blog. tup tupp pergh dah ramai jadi my followers dalam masa bape hari yea?

Nak tahu bape hari saya dah berblogging dan dah dapat kenalan/followers seramai 300. Bape hari? jeng jeng jenggg~ 42 hari dapat 300 followers. Boleh la juga dibanggakan hehe.. Untuk diri apezs jela..




Apezs nak ucapkan kepada follower² semua yang sudi be my kenalan blogger yea. Sayang korang, nanti ada masa meih kita jenguk sama-sama blog kan.

*apezs tengah pening memilih yg terbaik pada yg terbaik utk mu contest.

|| mOrning Back to Apezs Shah ||

Assalamualaikum W.B.T....

morning to all. apezs back!!

Alohaaaaa... Ada tak dekat sini yang merindukan saya? Apezs rindukan semua blogger-blogger di dunia ni. muaaah muaax, kiss kat pipi kiri dan kanan...oooops terlebih pulak.

Setelah 2 minggu bercuti sakan, tidak pedulikan BLOG tercinta ku ini pon. Kini apezs dah kembali dengan semangat untuk berblog semula. Banyak cerita semasa bercuti sakan yea, tetapi tak dapat nak memuatkan sgt. Sebab ia secret place and activities to do..

Apa pun macamane dengan hari anda?? The best ever u have tak? Tapi bakal dibingkisan oleh apezs nanti dalam entri yang lain tau. Perjalanan hidup kkdg sukar nak kita puaskan. Aku kena tipu. Meeting photoshoot lagi. ST dah ku hantar pulang. *hah itu serba sedikit tajuk yg bakal menyusur, nak tahu lebih lanjut tunggu dan jengah la lagi k.. 

okeh jom g sarapan dahulu.

Wednesday, February 9, 2011

|| Salahkah Aku Begini? ||

Salahkah aku untuk bermuram segala. Salahkah aku untuk menjalani cara hidup aku sendiri. Salahkah aku mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ini.

Salahkah aku jika aku menghelakan nafas walaupun ia seiring dalam mengeluh.

kawan : apezs tak baek kau mengeluh.

apezs : kenapa tak baek?

kawan : mengeluh itu amalam kurang sehat. seperti sudah fed-up ngan hidup sendiri.

apezs : YES mmg, saya da fed-up ngan hidup saya. tak larat dah nak mencuba untuk menghiburkan hati ini.

kawan : biarkanlah benda yang sudah lepas tu. tekadkanlah diri dan bersyukur dengan rahmat yg masih ada.

apezs : saya masih rasa bersyukur dgn apa yg masih ada my friends TAPI kenapa begini jadinya perjalanan hidup saya. Apa kekurangan lagi yg saya tidak penuhi. Saya tahu, saya tidakla begitu kuat beragama tetapi saya juga punyai perasaan bukan. Bilakah saya akan hidup dalam keadaan baik. Tidak perlu berada dalam pergolakkan hati dan perasaan dari setiap keadaan sekeliling hidupku ini.

kawan : banyakkan bersabar dan berdoa kepadaNya. Semoga semua berjalan dengan baik.

p/s : ape kebenda lagi yg boleh buat dalam hidup utk ceria selain pergi bercuti.

|| Kini Benar Pagi ||

Assalamualaikum W.B.T

To all BLOGGER also Facebook friends. Sehat ke? Dah sarapan? Apa nak jadi dengan apezs sekarang ni kan, entry 1 hari 1 post aje. Rasa maca diri memblogging hampir luak ke?

Apezs tak nak macamtu, saya masih mahu berblogging. Dah la CONTEST saya masih dalam pertandingan ni. Mana boleh saya biarkan mcmtu, kasihan pada mereka yang sudah JOIN.

Korang rasa apezs ni masih macam dulu lagi tak? Ke dah berubah? TAPIKAN saya nak kasi tahu ni, ulangan ye kasi tahu ni. Kalau ada entry tu mean saya bekerja la tu. Kalau takde mean xkeje, so entri pon tidak adola hehe.. Itulah sebabnya.

Mulai esok apezs x keudara dalam BLOGGER sebab apezs pergi bercuti lagi. Petang ni lepas habis kerja terus bertolak untuk bercuti ke Perlis, Kedah & Perak. WOW banyak tempat tu nak pergi, sempat ke menjelajah ni. Takpe orang SPONSER lagi, pergi ajelaa hehe.

p/s : sambung keje lagi~