About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Showing posts with label Lawak Jenaka. Show all posts
Showing posts with label Lawak Jenaka. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

|| Blog Assignment Jejaka Terhangat: Cerita Seram Lagi Menyeramkan ||


Untuk hari ini pertama kali saya nak JOIN segmen dari blog Jejaka Terhangat. Korang tau ape yg dia buat? Oh dah tau erk, dari tajuk saya tu yea. Terlupa eden, hehe malu sendiri pulak. Okeh kalau dah tau tunggu ape lagi jom la sertai ramai². Baeklah malas nak bebel panjang mari lihat my Seram Stories.

0.1
klik banner jika ada yg nak join segmen ni.
0.2


Jam hampir menunjukkan ke pukul 09.00 malam. Semua ahli keluarga ku sudah pun bersiap sedia untuk masuk ke ruang tidur. Biasalah ibu ku tidak gemar anaknya tidur lewat malam, takut nanti ada yang bangun lewat pagi. Cuma yang tinggal hanya diriku di depan TV, sedang leka menonton rancangan d' TV3. Semakin leka dengan rancangan yang ditayangkan, apezs semakin malas untuk menggerakkan badannya ke kamar tidur.

Malam itu rancangan yang ditayangkan amat menghiburkannya. Matanya pula tidak berkelip mahupun terasa berat untuk tidur. Perotnya mula terasa lapar dek kerana seronok menonton. Tapi ku tetap tidak mahu berganjak kerana niat dihati tidak mahu terlepas sedikit pon situasi cerita yang the best ever ni. Argh perut buat hal lagi, kena masukkan sedikit makanan juga.

Tidak lengah, apezs pun menuju ke dapur untuk menggeledah jika ada makanan yg boleh diisi kedalam perutnya. Jam sudah menunjukkan ke pukul 11.30 malam.

Tiba-tiba...

Kedengaran bunyi yang kuat datang dari luar rumah. Apezs tidak senang duduk dengan bunyi tadi. Dia cuba mengendap ke luar rumah, jika dapat melihat dari mana datangnya bunyi yang kuat tu. Hatinya makin berdebar akan kejadian yang berlaku. Bunyi itu semakin dekat dan makin kuat kedengaran.

Terasa kaki ku teramat kebas dek kerana takut sesuatu yang bakal berlaku. Surah-surah tidak lekang dibibir aku, terkumat kamit bibirku membaca ayat-ayat yang sepatut. Aku tekad akan mengeluarkan kepala ku ke luar tingkap untuk melihat apa benda yang ada diluar. Sedikit demi sedikit kepala ku berada diluar. Malam yang gelap gelita, setiap pergerakkan pon tidak dapat ku lihat.

Sretttttttttttt....

Bunyi tu makin hampir dengan aku, tapi aku tidak dapat melihatnya lagi. Tidak dapat juga menduga apa yang berada didepan atau disebelah ku. hati ku makin bergoncang kuat, subhanallah. Tuhan saja yang tahu bertapa cuaknya muka aku waktu itu. Nasib tidak terkuncil, YA ALLAH!! terperanjat aku, bunyi itu kedengaran kembali. Kali ini makin kuat dan laju, aku pasang nekad, harus keluar rumah. Selangkah demi selangkah akhirnya aku berada diluar pintu dapur.

Tidak ku terfikir untuk mengambil lampu suluh. Astarfirullahalazim!! Setapak lagi aku ingin melangkah dan PASTI kali ini akan terbukti apa yg sebenarnya terjadi. Krekkkk.. Sekali kaki ku melangkah kedepan, pweeeeeeeee!! Benda tu lari laju ke dalam kebun belakang rumah. Dengan keadaan nak terperanjat tidaklah kesampaian kerana apa? Korang nak tau ke ape kebenda tengah meng'hantui' apezs? Itu adalah lembu² orang kampung daaaaaa, bunyi tadi pula adalah air kencing lembu yang amat kuat. Hahaha...

0.3
kena tag 2 org, siapa? :-

(oops terlebih sorang, alaa sape nak join pon boleh k)


Sorryla kengkawan cerita yang bengong je. Saje nak join seruan Jejaka Terhangat je. Cerita betul² seram belom pernah alami.


Thursday, February 24, 2011

|| Colourfull of Love ||


0.1 SEDIH?
Dulu dirimu tidak bermakna langsung dalam setiap saat ku.
Dulu dirimu tidak ada langdung dalam harian ku.
Dulu dirimu bukan pilihan hati ku.
Dulu dirimu tidak pernah ku inginkan walaupun sekelumit diri ku.
Tapi ternyata kini berbeza....

Kini ku tahu akan hadir mu.
Kini ku tahu akan kemunculan hari mu.
Kini ku tahu bertapa yakinnya hati ku pada mu.
Kini ku tahu cinta dan kasih mu.
Kini ku tahu akan kisah hidup mu.
Tapi ternyata kini berbeza....

Selama abad dirimu ingin jauh dari ku.
Selama abad dirimu ingin pergi dari sisi ku.
Selama abad dirimu mahu akan tiada hadir ku.
Selama abad dirimu yakin yang ku bukan sudah milik mu.
Selama abad dirimu harus ego pada diri ku.
Dulu, Kini dan Selamanya ku tahu DIRIMU sudah tidak inginkan KU!!


0.2 Lawak?
Pak Kulop baru sahaja membeli motosikal baru. Pada suatu hari beliau pergi ke bandar menaiki motosikalnya. Itulah kali pertama beliau pergi ke bandar. Beliau sangat gembira apabila meronda-ronda di bandar menaiki motor barunya. Sampai sahaja di simpang yang mempunyai lampu isyarat beliau terus berhentikan motornya kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah. Apabila lampu bertukar warna hijau, Pak Kulop masih tidak bergerak. Polis trafik yg berada disitu pelik melihat perangai Pak Kulop. Polis trafik itu terus pergi ke arah Pak Kulop :-

Polis : Pak cik, kenapa tak bergerak pergi?

Pak Kulop : Kenapa? (terkejut)

Polis : Bukan ke dah lampu hijau tu!

Pak Kulop : Ohhh.... saya tengah tunggu warna kegemaran saya menyala, baru lah saya bergerak pergi.

Polis : Harulaaa... (mcamane laa dia ada lesen ni)