About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

|| Danbo Tired ||


Hye all blogger.. Pepagi ni apezs dah rasa penat la.. Macamane nak bekerja keras utk lebih maju.. Ini baru 3 baby jaga.. Jumaat ni datang lagi satu yang apezs tunggu-tunggu.. Memang giler lah kalau apezs cakap xsabar nak jumpa. Tapi itu hakikatnya, siang malam asik teringatkan dia. Sebab belum pernah jumpa lagi. Ini kali pertama yeah...

Semoga semuanya berjalan dengan lancarnya. Nak cakap banyak, pon dah tak larat ni. Biarlah lain masa nanti kita berborak lelama ea blogger. Korang pun nanti naik muak nak baca apezsnye citer haha.. Adious..


Wednesday, June 29, 2011

|| mOrning After Alone ||




Hai sahabat semua.. Tup tap tip tip je apezs ni kan, sekejap ada sekejap nan ado.. Mesti tertanya² bukan, tapi ape boleh buat.. Itulah kehidupan katanya, banyak benda kite kena buat.. Banyak benda yang kite kena settlekan.. Kalau tidak itu bukanlah dinamakan KEHIDUPAN.. Ape dia anak-anak, sekali lagi... "KEHIDUPAN" Pandai anak-anak ini haha.. Salam pertemuan semula apezs ucapakan kat korang yg budiman lagi bersejahtera.. Berdirinya saya menaip(oh tgh berdiri sambil menaip tu) memohon kerjasama agar kita masih lagi bersatu padu.. Dah la cukup² lah nak suruh I merepek, meraban tahan Transfomer dah..

hah cakap pasal Transfomer, sape dah beli tiket nak g tgk movie tu? Apezs semestinya sudah tapi amik weekend, xnak la weekday nanti xpergi kerja hehe.. Korang the best is xsabar okeh nak tunggu sabtu malam tgk citer ni.. Okeh tutup kes tu buka kes utk arini dulu.. Dah dimana korang ni? Dah sarapan pagi ke? jOm g sarapan.. Nanti kite borak lagi okeh.. tata



Tuesday, June 28, 2011

|| Selamat Pagi Blogger ||


Salam dan Selamat Pagi kepada kawan² BLOGGER... Semoga sehat dan ceria hendaknya.. Kehadapan member mu menulis entri ini adalah sebahagian daripada my mistaken dengan tidak menghupdate kan lagi blog ini.. Ini kerana dengan keadaan yang amat berubah dah sekarang ni. Rasa seperti diri ini dah tidak berguna kepada blog ini dan rakan² lain.

Rasanya macam nak upah pekeja blog saya ni lah... RM50.00 sebulan, boleh tak? Ada tak yang nak tolong updatekan my entri blog setiap hari dan setiap tika dengan bayaran sebanyak itu.. Berbaloi tak? Dia kena update dengan isu saya setiap hari dan masa lah hahaha...

Korang dah sarapan ke? Kalau belom jangan lupa yea.. Apezs dah.. NOW dah kena start keje.. Jumpe lagi ok!!


Tuesday, May 24, 2011

|| Busy Sioott, mOrning ||


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

kORang apezs rindu banget nak melepak ngan korang cam dulu.. Tapi sayang seribu kali sayang yea. Busy yang teramat sangat.. Weekend lagi la, lebih busy mengalahkan hari bekerja.. Sebulan ni fully dengan photshoot and latihan menari..

Jadi kesempatan nak buka laptop, tak dapat langsung.. Lucy apezs xsempat nak layan, baju 2 mggu baru basuh uwaaaaa. Dgn seminggu tak masuk opis sebab exam KPSL laa.. Haiyooo ape nak jadi dah dgn my blog ni.

Harapan saya moga kroang semua dalam keadaan baek dan ceria selalu.. Saya undurkan diri terlebih dahulu...


Tuesday, May 10, 2011

|| Exam KPSL Memanggil Diriku Utk Bertandang ||




Salam. Morning kacak, cantik dan perawan semua. Sehat ke arini?! Jgn tanya apezs tgh buat ape, yg pasti dah OTW pergi PST The Mines. Untuk menjawab soalan2 yg perlu dijawab dalam kertas KPSL. Tapi habuk pon tak baca ni, camne la apezs nak menjawab ni. Dengan serabut memikirkan apakah soalan serta keadaan yg berlaku. Ya Allah bantu la hamba mu yg lemah dalam segala subjek ni. Eh cam nak amik exam SPM lak haha..

Korang dah sarapan ke?! Apezs dah masa nak hantar GF ke opis dia sebab pinjam kereta dia. Apezs kan takde kereta, susah nak gerak ke sana. Bus takde ape pon takde. Naseb dia kasi pinjam, yg penting hantar dan amik dia dari kerja haha. Takpelah janji settle semua yg perlu disettle, kesian kat kawan sorang ni. Sepatutnya dia amik exam tmpt yg sama dgn apezs.

Tapi kesudahannya tak jadi sebabnya 'boss' tmpt keje dia memerlukan dia. Tak bagi nak amik exam, kesian dia. Dah naik stress katanya, takpela geng nti apply lain dan mungkin ada hikmahnya ok. Doakan utk aku yg terbaik okeh. Kalau tak leh kite g sama2 dan tiru sama2 hahaha. Okla apezs nak away dan study for the last minute. For zero NOW is something haha..:)


Monday, March 28, 2011

|| mOrning Fever ||


Salam

morning korang. awal-awal nak cakap, xdpt nak borak lama. nak wat ape pon. sedih dgn diri ini, tak faham kenapa asik xsehat je. datang je isnin nak demam, demam je isnin pon datang. badan ni gediks ape laaaa, asik nak lemah antidote je. Dah laaa arini ada 5S terbesar, nak angkat benda berat lak tu. adehs hopefully okeh. okeh geng apezs nak minta maaf tersangat-sangat sebab masih tak dapat nak BW korangnya blog. sedih tahap nak demam laa mcmni.. :(

oklaa korang g sarapan dulu pastu makan ubat. bye.

Friday, March 25, 2011

|| mOrning Busy ||


Salam. Hye all, saya and danbo still busy. So tak dapat nak cakap ape lah. Ape pon saya ada share sedikit info ngan korang. Jangan lupa singgah-singgah yea. Korang dah sarapan ke? Sarapan ape pula kali ni? Jangan tiru mcm saya sudeh haha.. Sehat ke? Kerja macamane? Penat yea! Alaa sabar ye, nantikan dah nak cuti mean esok dah masok weekend. Rest secukupnya okeh.

Dah jom g sarapan dan buat kerja. Pastu kita gossip haha yg tu lawak je, jgn ikut. Kalah murai.com nanti tau, derang susah nak cari makan pulak haha. Kita jadi punai.com jelaaa boleh haha.. OOooops sorry 18SX pulak pepagi, ting tonggg kehkeh.. See ar. muaaahx Love You... (",)

|| Bunuh Diri Kerja Kau ||

BERITA TERKINI
JAM 09.15AM

Detik-detik yg dirakamkan.

KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun. - KOSMO

Apa nak jadi, bengong betolla perempuan ni. Janganlah sia-siakan hidup tu, bukan senang nak dapat kehidupan. Dah ingin dibantu tidak pulak sudi untuk dibantu. Apelah nasib dia lepas ini!! Masalah family dan cinta, itu yg selalu diperkatakan dan menjadi punca. Ya Allah kau kuatkanlah hati dan jiwa serta iman dalam diri hambaMu yg lemah ini. Tidak ku mahu seperti ini. Amin.

Thursday, March 24, 2011

|| Noon All Busy ||


Salam hye semua. Sorry nampaknya saya xdapat nak menjelajah ke tempat korang semua. Dan saya tgk Nuffnang saya pon xde sape yg datang. Wah kritikal kesan dia, even sehari je tinggal. Takpela belom ada rezeki hehe. Sorry to say, minggu yang mmg busy sangat². Ingin menyelesaikan segala kerja yg perlu ataupun tidak, agar satu hari nanti boleh berada dalam keadaan SELESA.

Korang dah lunch ke? Jangan lupa makan, nanti dah masuknya angin dalam perot tu. Tapi kalau makan biar berpada yea, biasalah nanti mengantuk nak tido pulak. Bahaya tu!! Sehat ke? Saya masih sengal² leher ni tapi better dari haritu sikit hehe. Jiwa pon bergelora je ni, haish xsuka dalam keadaan mcmni. Sebab itu membusykan sangat diri supaya tidak memikirkan hal² macamtu kan kannn geng.

Jadi korang jaga diri okeh. Kerana diri anda amat berharga dari segalanya. Rasa macam nak buat ayat-ayat puitis je. Tapi tengokla mcmane haha. Result SPM sesiapa pon dalam kenalan korang, mcmane? Share sikit..

Friday, March 18, 2011

|| Anak Ikan Apezs ||



Melangkah dengan bersemangat ke dalam rumah ku yg indah ini. (padahal penat kaki berjalan dr bus stop ke umah ku Blok D haha). Yang utama lepas masuk umah dan beri salam. Ikan saya itu yg harus dilihat dahulu. Dulu ada ST, bunny kesayangan ku pon mcmtu juga. Kena tengok keadaan dia dulu. Tapi ST dah xde, dok kg. hehe..

Kira ikan yang ada, takot ada yg lompat kuar hehe. Tiba-tiba xcukup seekor, cari keliling dan terjumpe dok celah pokok. Ketuk-ketuk aquarium tu, dia xnak gerak pon. Tengok ikan lain bukan main berenang lagi, sekali terpandang ikan lain tengah kejar something. Fuhhyooo derang kejar anak ikan yg baru netas. Opocot mak saya!! Haha melatah la konon kan.

Rupenya ibu ikan saya yang tengah sarat mengandung ritu dah menetaskan anak-anak dia. Banyak gilerh pulak tu haha, patut dikejarnya ikan lain. Takot anak dia dimakan la tu. So niat di hati ape lagi, salin baju kerja siapkan aquarium dulu la. Bukan main susah kalau nak pindahkan anak-anak ikan tu. Yelah kecik-kecik je kan, kang kaut punya kaut terpenyet pulak haha.

And finally settle semuanya. Jom layan picture yg sempat apezs ambil.


Waktu ni masih dalam aquarium lagi anak-anak kecil tu. ikan yg besar-besar dah bawa kuar ke tempat lain haha.. bahaya nanti lambat2 bawa kuar kena baham pulak haha.
 1) yg atas tu mean dlam bentuk LOVE tu la ibu yang baru netaskan anak yg banyak haha.

2) Sebelah kiri tu. Korang nampak x? nampak x? ada anak ikan kecil yg tengah berenang bersama ibunya. alaa dalam bulatan merah.

3) Okeh yg atas tu ibu dan anak-anaknya. Ni dah kire settle mengasingkan mereka laa. Alaa asingkan dari bapak-bapak yg lain haha. 

4) sebelah kiri kita pula. bapak-bapak tu la.. akhirnya dah settle & masukkan semula ke dlm aquarium yg asal.




akhir kata majula sukan untuk ikan akrobatik haha. merepek sudeh!!. panjang tak entrry kali ni? maaflaa saje nak post sakan ngan ANAK IKAN APEZS haha.. terkena sudeh.

Thursday, February 24, 2011

|| Colourfull of Love ||


0.1 SEDIH?
Dulu dirimu tidak bermakna langsung dalam setiap saat ku.
Dulu dirimu tidak ada langdung dalam harian ku.
Dulu dirimu bukan pilihan hati ku.
Dulu dirimu tidak pernah ku inginkan walaupun sekelumit diri ku.
Tapi ternyata kini berbeza....

Kini ku tahu akan hadir mu.
Kini ku tahu akan kemunculan hari mu.
Kini ku tahu bertapa yakinnya hati ku pada mu.
Kini ku tahu cinta dan kasih mu.
Kini ku tahu akan kisah hidup mu.
Tapi ternyata kini berbeza....

Selama abad dirimu ingin jauh dari ku.
Selama abad dirimu ingin pergi dari sisi ku.
Selama abad dirimu mahu akan tiada hadir ku.
Selama abad dirimu yakin yang ku bukan sudah milik mu.
Selama abad dirimu harus ego pada diri ku.
Dulu, Kini dan Selamanya ku tahu DIRIMU sudah tidak inginkan KU!!


0.2 Lawak?
Pak Kulop baru sahaja membeli motosikal baru. Pada suatu hari beliau pergi ke bandar menaiki motosikalnya. Itulah kali pertama beliau pergi ke bandar. Beliau sangat gembira apabila meronda-ronda di bandar menaiki motor barunya. Sampai sahaja di simpang yang mempunyai lampu isyarat beliau terus berhentikan motornya kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah. Apabila lampu bertukar warna hijau, Pak Kulop masih tidak bergerak. Polis trafik yg berada disitu pelik melihat perangai Pak Kulop. Polis trafik itu terus pergi ke arah Pak Kulop :-

Polis : Pak cik, kenapa tak bergerak pergi?

Pak Kulop : Kenapa? (terkejut)

Polis : Bukan ke dah lampu hijau tu!

Pak Kulop : Ohhh.... saya tengah tunggu warna kegemaran saya menyala, baru lah saya bergerak pergi.

Polis : Harulaaa... (mcamane laa dia ada lesen ni)