About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Friday, March 25, 2011

|| Alamak Urut Batin Ke? ||

BERITA TERKINI
JAM 11.15AM

Apa yg dikaburkan tu yea?

GEORGE TOWN - Alasan dua pelanggan lelaki yang datang ke sebuah pusat urutan gay di Pulau Tikus di sini kononnya untuk berjumpa dengan rakan mereka di situ gagal meyakinkan polis menyebabkan mereka ditahan dalam satu serbuan semalam.

Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan tiga pemuda dipercayai tukang urut dan penyelia yang berusia antara 28 hingga 33 tahun.

Menurut jurucakap polis, pihaknya terpaksa menunggu lebih dua jam untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana perlu melalui proses pengecaman wajah pelanggan.

"Kami dapat masuk premis itu selepas seorang pelanggan keluar dari pusat urut yang terletak di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah itu.

"Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki dipercayai baru selesai menjalankan urutan," katanya yang memberitahu serbuan tersebut merupakan yang keempat sejak tahun lalu.

Difahamkan, pusat urut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam dengan menggunakan sistem kod rahsia di pintu masuk. - KOSMO

WOW!! Haha saya pon nak diurut juga, boleh x? Ada xlagi haha. Haiyooo berani mati!!..

 

6 comments:

c-tea said...

adeh..memalukan

efa said...

uish memalukan aja la adess

cik sakdi said...

heh alasan baek ounye konon nak jumpe membe. dia pk polis xtau ke? haha

Sasa Al-Sharif said...

ceh, gila aku tak mau. haha

aleen aiden said...

mak aih pusat urut gay pon ade ye kat malaysia nih.hu3

Manja (let it be my sweet name) said...

kan dah kena tangkap

semoga cepat sembuh juga