About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Friday, March 25, 2011

|| Bunuh Diri Kerja Kau ||

BERITA TERKINI
JAM 09.15AM

Detik-detik yg dirakamkan.

KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun. - KOSMO

Apa nak jadi, bengong betolla perempuan ni. Janganlah sia-siakan hidup tu, bukan senang nak dapat kehidupan. Dah ingin dibantu tidak pulak sudi untuk dibantu. Apelah nasib dia lepas ini!! Masalah family dan cinta, itu yg selalu diperkatakan dan menjadi punca. Ya Allah kau kuatkanlah hati dan jiwa serta iman dalam diri hambaMu yg lemah ini. Tidak ku mahu seperti ini. Amin.

6 comments:

k.n.e.z said...

ad jgak manusia cmni...mne ntah tiang agama dia..ish3..

Dim Benihana said...

2la bila cetek fikiran, xboleh nk pikir panjang...masalah semua orang pun ada..

My Little Diary said...

pendek akal...
kalau kecewa sekali pun takkan sampai nak bunuh diri.. :(

d_tieah said...

Bebudak sekarang otak sempit.. Umur panjang nak cepat mati plak.. Haish!

Entry Terbaru : Biarlah Orang Mengutuk *Senyum* Nuffnang Bagi BE Lagi

O'gosh said...

Patut biar je terlepas tu..tengok sebenarnya berani ke x...

dD Fabulous | sitekateki said...

kalau DD biar je dia terjun...nak sangat mati cara camtu...