About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Thursday, March 10, 2011

|| Jutaan Ikan Mati Percuma ||

BERITA TERKINI




LOS ANGELES - Berjuta-juta ikan kecil mati termasuk ikan kembung dan sardin ditemui terapung di sebuah marina di pantai Redondo, selatan Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik-pemilik bot di marina itu bangun pada waktu pagi kelmarin di pantai Redondo, California dan mendapati jutaan ikan tersebut mati.

Seorang pegawai polis, Sarjan Phil Keenan berkata, punca kematian itu masih belum diketahui.

Penyelaras marin untuk Marina King Harbor, Staci Gebrielli berkata, pihaknya juga tidak mengetahui mengenai punca kematian ikan tersebut.

Sebelum ini, lebih 3,000 burung terjatuh dari langit menjelang Tahun Baru di Beebe, Arkansas.

Percikan bunga api dipercayai menjadi punca kematian burung itu tetapi punca sebenar kematian haiwan itu masih belum diselesaikan.
sumber : KOSMO

Bertapa pelik tetapi itulah kebenaran yg berlaku. Tahniah juga untuk Malaysia ke pusingan seterusnya.

5 comments:

julien hakym said...

x over tp creative! :-)

ps; ya..memg bukan legend. kan i dh ckp, joking je.hehe

O'gosh said...

kesiannya ikan2 tu....

qaseh johanna said...

senang la sape yg jual ikan n tokey laksa...

pssstt..boleh wat pekasam x ikan2 ni..??

efa said...

tudia haih byk tu ikan yg mati mengapa smpai jd byk cmtu eh2 burung terjatuh?erk

Merak said...

Mlm ni makan ikan byk2 tau ucu...hiks...ikan sardin tue..simpan wat pekasam. Setahun x yah beli ikan...mau?