About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Thursday, March 3, 2011

|| mOrning Tired ||


Salam korang selamat pagi. dah sarap yea?

Adehs kenapa arini rasa penat sgt badan ni, semalam mmg nak amik cuti aje arini tapi disebabkan cuti nak simpan sebab nak balik kg bulan 4 ni lama. Tak naklaa guna cuti banyak nanti raya xleh cuti lama² kan hehe.

Korang nak buat mcmane yea kalau badan ni terasa penat sgt? Selain baring ke. Dah la kan ase bila berjalan nak membongkok aje? Haish saya dah seriau ni, dok fikir tulang belakang ke depan alaaa mcm tulang yg xsehat tu. Arghh tak nak macamtu.

Sekarang kena mulakan tugas untuk buat laporan bagi bulan Febuary punya haha. yeaaa semalam member cakap ada JOB dance, fuhh dah lama xgerakkan badan ni. Okeh chow babeh!! 

Wednesday, March 2, 2011

|| Ku Tak Berjaya n Berdaya || ||


Uwaaaaaaa saya tak berjaya dalam pertandingan karaoke ni. Takpelah, pertama kali dan SUARA saya pon sumbang. Mmg patutla kan, nak kato gapo lagi.

Okeh jumpe lagi pasni, nak g rest pulak. Memberi laluan untuk perut dan hati haha.. Lepas ni waktu untuk kerja pula, dah takde untuk bersuka ria haha.

|| Show Coming For Me ||


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Selamat Pagi kalian semua, apa khabar? sehat hendaknya. Wahh bagus semua sehat² aja. Apa ada yang demam dan kurang sehatnya yea, gituu makan yea ubatnya. Bukan apa sekarang musimnya juga, cuacanya ngak bisa menentu. Kekadang ia hujan, panas gituu yeah.

Waduh² kok bisa ku ngomong dalamIndon aja. Sorry yea, saya udah kepingin sebenarnya. Bukan itu punya kepingin (ngandung), saya kepingin ke Indonesia tapi ngak tau bila agaknya. Hahaha udah minta ampun ya.

Eh saya udah lari dari tajuknya haha. Iyeaa hari ini sudah tiba, tiba apa? Hah ini mau ceritanya. Si SS bilang saya ni mula² ngomongnya penari lepas itu modeling sekarang mau coba menyanyi pula. Haha selagi kita bisa mencoba apa salah dong.

Coba aja, bendanya ngak perlu dibayar lagi. Apa mau takot*padahal dalam hati xnak pon, tp dah nama ada org masokkan. sengal org itu. Okeh time to go, kerna perlu warming up ini suara kok pepagi. Kasi tidak manja gituu..

Hari ini tak sempat nak share berita, esok yea hehe..


JUMPA LAGI DEH!!


Tuesday, March 1, 2011

|| Selamat Pagi. Rejam Gaddafi ||


Selamat Pagi semua.. Pagi ini tidak dalam keadaan yang baik sebab ape? sebabnya hujan di pagi hari, nak ke keje pon suseh lor ahakz.. Tapi saya tetap juga berjaya untuk saya sampai ke pejabat haha.

Pemenang untuk my contest dah diumumkan. So ape lagi jom laa kita g sarapan dulu.

BERITA TERKINI
GENEVA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton merayu masyarakat dunia supaya menghukum pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dan rejimnya kerana kekejaman yang dilakukan oleh mereka.

Hillary berkata, antara tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Gaddafi ialah membunuh askar-askar yang enggan menembak saudara sebangsa mereka.

Dia membuat rayuan tersebut ketika bercakap dalam sidang Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini semalam.

Tegasnya, Gaddafi perlu meletak jawatan serta-merta tanpa penangguhan atau keganasan lanjut.

Hillary menyatakan demikian selepas menggesa sekutu-sekutu AS di Eropah supaya melaksanakan sekatan keras terhadap pentadbiran Libya.

Gesaan beliau dipersetujui EU yang melaksanakan larangan perjalanan, sekatan senjata dan pembekuan aset ke atas Libya semalam.

Jerman bagaimanapun mengemukakan usul lebih serius dengan mencadangkan sekatan ekonomi 60 hari terhadap rejim Gaddafi.

Sekatan itu bertujuan menghalang Gaddafi daripada menggunakan hasil jualan minyak negara dan pendapatan lain untuk terus menindas rakyatnya.- KOSMO