About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Tuesday, January 11, 2011

|| Ibu Nyawa Ku ||

Pepagi ini niat dihati yg terbuku hampir sekian lama juga akan dilunaskan oleh saya. Sebenarnya segmen ini sudah lama dijemput oleh tuan blog, untuk bersama-sama menyertainya. Tetapi dek kerana ada masalah blog serta perbaharuan ke blog baru. Perlaksanaan untuk menyertainya agak lambat sedikit, tetapi insyallah saya akan lunaskan dengan sebaik mungkin kerana tarikhnya masih sempat hehe.

Korang tengok macamni pun mesti dah takde minat nak JOIN kan? Sebab korang takde baca apa yang diperlukan serta apa yang diberikan. Mewah-mewah okeh hadiah yang diberikan kepada pemenang-pemenangnya. Apezs hanya mampu menyertai, pemilihan ditangan yg berkuasa aja. jOm tengOk ape aPezs jaWab :-

1.0

Ini adalah header dari tuan punya segmen, DONE with that. Sesiapa yang ada niat nak join atau nak tahu lebih lanjut ttg segmen ini. Boleh berbuat demikian di cliking sini --> [Pelangi Sudirman].

2.0
Pengalaman bersama keluarga sendiri tidak mudah untuk saya lupakan. Biar setitik atau sehalus zarah kesalahan yang dilakukan dalam keluarga ku. Tidak akan ku simpan sebagai dendam, malahan ianya satu dari darahku. Sebelum terlahirnya ku didunia yang indah ini tanpa Ayah tanpa Ibu siapalah diriku dan apalah maknanya diriku ini. Kisah ibu yang ingin ku kongsi bukan inginku aibkan. Ini juga adalah kisah hidup antara aku dan ibu yang ku sayangi sepenuh hati.

Semenjak sekujur badan ini dilahirkan ke dunia. Tanpa ibu, tiadalah makna atau erti kehidupan dalam harianku. Ibu ku seorang yang tabah, penyabar, solehah, setia, baik hati, peramah. Bukan hendak memuji-muji ibu ku tetapi ianya adalah kenyataan, tidak tunaikan solat aja kena kejar/beleter/cubit dengan ibu. Dari kecil lagi aku rapat sangat dengan ibu dari ayah ku sendiri. Kemana ibu ku pergi, aku sentiasa akan berada disisinya. Segala keperitan hidup bersama suami, beliau pendamkan sahaja tika diriku yg masih kecil untuk dikongsikan bersama. Tetapi sesudah usia ku melangkau dalam peredaran dewasa, ibu sudah tidak kekok utk berkongsi tentang penderitaannya. 

Aku terkilan dengan apa yang berlaku. Aku mempunyai 5 orang adek beradik yang telah diasuh oleh ibu ku dari kecil hingga kini. Ibu ku sentiasa bertungkus lumus untuk membesarkan kami. Bermula dengan kerjaya sebagai cikgu tadika sehingga berakhir dengan seorang peniaga kecil-kecilan yang bertapak dihalaman rumah kg. ku. Dia tidak pernah berputus asa untuk membesarkan kami walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Syukur kehadratMu kerana kami juga tidak pernah merungut dengan nikmat/rezeki yang diberikan olehNya kepada keluarga kami. Tetapi ibu tetap dengan azam serta usahanya untuk memberikan kemewahan kepada kami adik-beradik.

Walaupun bukan itu yang kami mahu, beliau tetap tahu apa juga kemahuan anak-anaknya. Pernah kenangan ini bermain didalam harianku. Suatu hari waktu pulang dari sekolah. Adik no. 2 bersama menaiki basikal dengan aku, ibu dengan basikalnya. Sampai disatu selekoh basikal ku selamat membelok tetapi basikal ibuku sebaliknya. Basikal ibuku telah dilanggar oleh seorang murid darjah 1. Basikal ibuku terpelanting jauh serta ibuku juga. Syukur alhamdulillah kerana Tuhan menjatuhkan ibuku diatas rumput. Hanya mengalami luka ringan tetapi aku tidak boleh lupakan bahawasanya walaupun luka dikakinya hanya sedikit tetapi dihati aku begitu tercalar terbakar terhiris. Tidak sanggup melihat ibuku yang berada didalam keadaan itu, inginku ganti tempatnya. Aku menjerit memaki hamun pada budak itu, tetapi sempat ibuku menegur baik kepadaku. Katanya "Perkara yang terjadi kita tidak pernah tahu bila ia akan terjadi nak, biarkan sahaja budak tu balik ke rumah dengan selamatnya." ibu menasihati aku. Pesanan ini tidak pernah aku lupakan walaupun beribu lagi pesanannya yang diamanahkan kepada anak-anaknya.

Peristiwa dalam hidup bila bersama ibu bukan satu dua tetapi tidak terkira. Biarlah luka pada dirinya, beliau tidak sanggup anak-anaknya yang terluka. Kenapa ibu? Mengapa? Kami rela menggantikan tempat ibu, dari kami melihat ibu yang terluka didepan mata. Sikapnya begitu ramah membuatkan kami dikenali oleh jiran-jiran kg. mahu pun di daerah yang kami tinggal. Peristiwa yang paling kelakar juga pernah dialami oleh diriku bila wujudnya kemarahan oleh ibuku. Bila meletupnya gunung merapi dalam diri ibuku, kami adik-beradik tidak pernah terlepas dari pembuakkan kemarahannya. Pernah sekali peristiwa ini terjadi walaupun sudah berkali-kali. Diantara adik ku yang no. 2 dan no. 3, berlaku satu perselisihan faham dan berlakunya pergaduhan.

Ibuku pula tengah memasak didapur. Beribu kali ibuku berpesan berhenti bertengkar dan bergaduh. Adik ku tetap tidak mengendahkan pesanan ibu tadi. Aku pula asik bermain ngan adik no. 4 dan no. 5 dibawah halaman rumah. Tidak sampai 10 minit selepas diberi amaran, ibu menjerit-jerit pada derang berdua.Memarahi mereka dengan sekuat hati (mungkin tekanan), selepas itu ibu ke dapur dan ke ruang tamu semula dengan membawa sebilah parang panjang. Tidak semena-mena ibu mengejar mereka berdua sambil membuakkan kemarahannya. Tidak terkecuali dengan aku serta adik yang sedang bermain dengan aku tadi. Kami dimarahi juga dan dikejar oleh ibu dengan parang. Kami berlima lintang pukang berlari. Adik no. 2 meloboskan diri ke hutan belakang rumah, adik no. 3 menyelamatkan diri ke rumah pakcik mie dan bersembunyi didalam rumahnya. Aku, no. 4 dan no. 5 menyelamatkan diri memasuki bilik mandi rumah Opah/tokwan. Hampir 1/2 jam berlalu baru keadaan itu tadi reda disebabkan ia telah diselamatkan oleh tokwan dan pakcik mie. Hahaha terlalu kelakar rasanya, walhal aku dan adik yang lain pucat satu muka seperti tiada nyawa mahupun setitis darah dah. Gilerh! parang weih bukan rotan.

Azam dalam kehidupan ku waktu menjejaki ke alam pekerjaan adalah untuk menunaikan hasrat ibu. Hasrat ibu ingin memiliki rumahnya sendiri. Dan kini hampir 2 tahun ibu berada dalam rumahnya sendiri. Begitu seronok serta gembira ku rasakan, nikmat yang telah ibu kecapi. Biar pun sekadar rumah kampung tetapi kata orang kg. Rumah yang ibu designkan sendiri (ibu tolak my design) begitu besar, walaupun pada ibu ianya kecil haha. Niat dihati ibu, beliau mungkin akan renovate rumah ini suatu hari nanti. Ku biarkan sahaja impiannya, inilah masa yang ingin beliau impikan dari dulu. Aku hanya berdoa dan membantu sedikit demi mencapai kemahuannya. Semoga berjaya ibu hehe.

Sehingga kini aku dan adik yang lain tetap setia bersama ibu. Ibu adalah penyeri dan penyelamat dalam kehidupan kami. Biar waktu telah memamah usianya, beliau tetap cantik dan menawan dimata kami. Tidak hairanlah kenapa beliau selalu memesan kepadaku supaya cepat kahwin, wawawawa tak mahu lagi. Inilah serba sedikit kisah tentang family mahupun ibu ku yang dicintai, dikasihi, dijunjungi. Bukan niat utk menceritakan benda yg tidak elok dalam family ku tetapi hanya ingin berkongsi dengan segmen ini. Terima kasih kepada Sudirman kerana sudi mencipta segmen ini, mungkin ia satu benda yang sangat bermakna kepada kita tetapi tidak kepada semua saya rasa.
 

53 comments:

Unknown said...

waahh..nice one laa...

apezs shah said...

|nub| Hehe nice ke? Thanks sudi membaca..;)

Dzu Aamal said...

acececeh , suka betol sy bace ayt2 apezs niey :)
very gud .. !

Siti Safiyyah said...

wahh bestlah bace..pandai awak bercerita kan? ni mesti suke tulis karangan ni..hehehe, kem salam kat mama eh? cakap kat dia, bertuah dapat anak macam apezs ni..sejuk perut mak yg mengandung.. ;)

apezs shah said...

|CL| Yeke? Ke saje main-mainkan apezs yea.. tak baek tau.. Thanks sudi baca..;)

apezs shah said...

|S.S| Really S.S? Ke saje mcm CL main2kan apezs yea.. Pandai S.S Teka, apezs suka menulis karangan tau masa sekolah. Lebih dari 5 helai ;)

Salah satu apezs cuba terapkan dengan menulis novel. Tu hah sebelah kiri, ada novel kan.. Itu penulisan apezs yg xseberapa...:)

Insyallah nanti apezs sampaikan salam itu. Kenapa bertuah dapat apezs yea S.S? ;)

KakD said...

hehehe good luck dik, sejuk perut akak bace citer ko dik (eh ape kene mengene nih hahaha :P)

eh eh gamba2 tuh kotak kan kiuttt lorrr hihihi

Dzu Aamal said...

org cakap betol niey .. sob2x .. :(

Siti Safiyyah said...

bertuahlah sbb dapat anak dia yg care mcm awak..hehe, eh jap itu kisah benar kan? ;)

wahh kreatif eh?baru pasan ade novel lah..dah bace tadi..ble mau sambung??

ch!natsu said...

sejuk ht ibu kamu klu bc nie.. =)

Dzu Aamal said...

ad novel?
apezs buat novel?
amboi ...
nk bce larh ..:)

apezs shah said...

|MAPPIAU| Aits perot akak pula sejuk yea.. ahakz.. Saje je akak ni..:p
Thanks yea kak atas sokongan.

hehe cantik dan comelkan. Saya jatuh hati dah kat kotak nie..;)

apezs shah said...

|Cik Ladies| Hehe yelah2.. Jangan lupa jenguk baca novel apezs yea dear..;) thanks ye.

apezs shah said...

|S.S Kisah Benar yg mana? entri ni yea? Yerp kesah benar laa u. Tak kan saya nak tipu hehe...

Kreatif ke? biasa jelaa u..Sambung hehe, dalam proses nie..Insyallah akan dipostkan nanti k..;)

Siti Safiyyah said...

eh awak, baru perasan..cte pasal....err golongan gay eh? err..awak tak kan?? ;)

apezs shah said...

|Chinatsu| Janganlah dia baca u, nanti kena hambat lagi ahakz..
thanks yea.

*hambat=kejar.

apezs shah said...

|Cik Ladies| Ahakz silakan baca yea.. sekadar suka2..;)

apezs shah said...

|S.S| Ahakz pandai teka pun. Ini adalah kesah dari pengalaman kawan. Saya sengaja ingin menceritakan, kerana dia selalu megadu pada saya. jadi saya cuba memahami keadaan itu bagaimana. Sebab tu xupdate lagi sebab info drnya kureng hehe.. xkan nak reka cerita lak kan.. salah dah tu....:p

efa said...

waah2....gigih efa membacanya wahai encik apezs hikhik btw good luck...anak yg good boy ahaks :)best cerita ni apezs double like :)

Siti Safiyyah said...

oo..err saya tak penah jumpe golongan mcm tu..hehe, jangan ngan awak2 skali terpengaruh dahla yek..sayang muke hensem tapi...*geleng kepala* ;)

Anonymous said...

sayang ibu kita!

apezs shah said...

|Efa| Lor efa thanks sgt sudi dia membaca apezsnya entry pajang ni.. Best ke? Thanks again!! Wah double like ni. Kalau ada button like nak ke tekan hehe..? :p

apezs shah said...

|S.S| Ahakz, tak habis lagi dengan *geleng kepala* dia haha..

Oh awak tak pernah jumpa ke? Kalau nak tahu ramai yg menapak u. Artis tidak terkecuali..;)

apezs shah said...

|LI| Insyallah senantiasa...;)

Siti Safiyyah said...

Artis??? wahh gosippp..hahaha

sudirman said...

YEH..DA BACA..HEHEHE

sudirman said...

da baca..heheheh..tq join ye

apezs shah said...

|S.S| haha tak mau la gossip... Panas!!! Kedabomm..;)

apezs shah said...

|sudirman| Ahakz.. Okeh thanks.!!

Dzu Aamal said...

novel awk best !
seronok :)

apezs shah said...

|Cik Ladies| Hehe yeke?
Thanks awak.. Sudi juga membaca yea..;)

niesz said...

gud luck awk..hope awk menang nnti..ley share ngn niesz..ehe..

apezs shah said...

|Niesz| Ahakz kan, dapat kongsi dengan awak. Boleh je..:p

Insyallah semua ditangan pengadili la u..;)

hysman said...

Ibulah yang terbaik..
takde die,takdelah kita di dunia nih...
ko anak sulung per?
so tanggungjawab ko beso..
gewd luck bro in future...
;)

apezs shah said...

|hysman| Yerp Ibulah terbaik dalam segala hal. tanpa dia kkdg anak tidak mampu untuk berdiri sendiri.

Yerp saya anak sulong.. Thanks insyallah. tanggungjawab besar sgt.;)
I hope u too dude.!

Unknown said...

gud luck awak....
i like ur style (penulisan)
ada gaya tersendiri..
gud job..

apesz ada novel ke????

hysman said...

selalu anak sulung ni ade kelebihan dr segi cita2..
pesal ibu bapanya masih muda kuat lg utk menanggung adik beradik yg lain..
jd cuba grab tu cita2 tu..
dah senang mudah nk menanggung ibu bapa di masa emas mrk...

Muslimah Optimis said...

salam singgah ke sini.. tiba2 rasa rindu kat mama saya pulak...

zacky786 said...

emm.. tangkap felling aku bce karangan niee.. dan tahniah kpd anda sbb berjaya mencapai cita2 dan hajat ibu muu yg ingin memiliki rumah sndiri.. ttp tuu belum ckup lg utk utk menganti dan membayar segala penat lelah selama menjaga dan membesarkan anda.. aku amat amat teruja sekali dgn semangat dan kata2 nasihat dr ibu apezs tuu... aku xprnah rse mcm niee slme hidup aku.. apezs mmg b'untung,jage la die dan sllu la buat ibumu tersenyum dan gembira...

" kasih syg seorg ibu tidak dpt dibyar dgn wang ringgit "

btw: smoga brjaya kt sgment nie.. wish u luck !

apezs shah said...

|wannie| Ada gaya? Ermm agak mendalam maksd awak nie.. Terharu saya. Thanks utk awak. Hope so yea..

Apezs ada novel. Kat tepi sebelah atas kiri itu...;) *cuma jangan terperanjat dgn penulisan itu yea. Sbb saya suka meneroka.

apezs shah said...

|hsyman| Insyallah saya akan ingat kata2 awak nie.. thanks bro.

apezs shah said...

|Muslimah| Salam

ermmm alaa jangan sedih. saya xnak awak sedih yea.. nanti cuba hubungi merekalaa yea..;)

apezs shah said...

|zacky| Bro thanks sebab sudi nak baca yea.. Alhamdulillah.... Insyallah selagi saya masih hidup saya akan menjaganya.. Thanks bro.

Unknown said...

sangt best cerita kamu.. sayngilah mereka selagi mereka berda didunie ini..kasih mereka amat penting..tanpa seorng ibu, siapalah kita didunia nie ..

apezs shah said...

|ayie| Thanks best ke?
Insyallah saya akan sentiasa menyanyangi mereka sepenuh hati.

♥ Cheenta ♥ said...

apezs...nice suka2 hehheheh thanks cz sudi jenguk blog miza heheh

apezs shah said...

|miza| welcome. thanks juga sudi baca yea..;)

Unknown said...

Wannie dah baca dah novel apezs tu...
mana chapter seterusnya...
tak sabar nak tahu kesinambungan cite tu...Wannie suka baca novel...
* Kalau novel apizs dah publish gtaw ye...nak beli..

apezs shah said...

|Wannie| Ahakz mana chapter seterusnya ke? Wah xsabar yea, sebentar yea. Apezs tengah kumpul maklumat hehe.. Thanks kalau sudi membaca yea..;)

*Aits sampai nak beli, tipu yea..:p

Unknown said...

betul laa.....Wannie kan peminat apezs...eh silap....minat Dunia yang satu...

*Cik Ladies, jangan marah ye...Wannie tak minat pun apezs...hahaha...(saja mau bikin kontrobasi)

apezs shah said...

|Wannie| Hahaha sasul ke tu.. erk.. tettttt...:p eh mana adalaa madnai je. cL kan kawan kita.

Unknown said...

alamak tersyashul laa..

ala....wannie gurau2 je...

maaf kan kami penunggu gua..
eh silap...mintak maaf apezs dan Cik Ladies

apezs shah said...

|Wannie| tahu takot Cik Wannie kita haha.. xdelaa... saje je.. Gurau2 kan..;)