About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Thursday, March 17, 2011

|| Bodoh Itu Kereta Aku ||

BERITA TERKINI
JAM 10.15AM



BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia.- KOSMO

Kalau korang even dia asik rosak, adakah korang akan buat mcmtu juga? saya rasa dia sanggup buat sebab dia kaya dan mampooo kan.. :)

6 comments:

cik sakdi said...

beli la baru kalau dah kaye sangat, nasib baik ketuk gune tukul kat kereta, bukan kat kepala manager lamborghini tu. hehe

Pezol Stylez said...

KALAU aku kaya pun aku akn buat camtu jugak pez....haha

Myung Dae said...

HAHHA, dah kaye sangat sampai macam tu sekali. (^_^)

Jom baca http://myungdae92.blogspot.com/2011/03/5-perkara-sebelum-engkau-melakukan.html

::FAIZ FARISH:: said...

gila..... sayang betul... kalau tak nak kasikla kat aku... aku jual pastu beli myvi je.. hehehehe

cerita-gadis-ini said...

pelik2 je kn?

tengku ashran said...

membazir..drpd buat mcm tu, baik kasi kat fakir miskin ^_^