About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Monday, March 28, 2011

|| mOrning Fever ||


Salam

morning korang. awal-awal nak cakap, xdpt nak borak lama. nak wat ape pon. sedih dgn diri ini, tak faham kenapa asik xsehat je. datang je isnin nak demam, demam je isnin pon datang. badan ni gediks ape laaaa, asik nak lemah antidote je. Dah laaa arini ada 5S terbesar, nak angkat benda berat lak tu. adehs hopefully okeh. okeh geng apezs nak minta maaf tersangat-sangat sebab masih tak dapat nak BW korangnya blog. sedih tahap nak demam laa mcmni.. :(

oklaa korang g sarapan dulu pastu makan ubat. bye.

Friday, March 25, 2011

|| mOrning Busy ||


Salam. Hye all, saya and danbo still busy. So tak dapat nak cakap ape lah. Ape pon saya ada share sedikit info ngan korang. Jangan lupa singgah-singgah yea. Korang dah sarapan ke? Sarapan ape pula kali ni? Jangan tiru mcm saya sudeh haha.. Sehat ke? Kerja macamane? Penat yea! Alaa sabar ye, nantikan dah nak cuti mean esok dah masok weekend. Rest secukupnya okeh.

Dah jom g sarapan dan buat kerja. Pastu kita gossip haha yg tu lawak je, jgn ikut. Kalah murai.com nanti tau, derang susah nak cari makan pulak haha. Kita jadi punai.com jelaaa boleh haha.. OOooops sorry 18SX pulak pepagi, ting tonggg kehkeh.. See ar. muaaahx Love You... (",)

|| Alamak Urut Batin Ke? ||

BERITA TERKINI
JAM 11.15AM

Apa yg dikaburkan tu yea?

GEORGE TOWN - Alasan dua pelanggan lelaki yang datang ke sebuah pusat urutan gay di Pulau Tikus di sini kononnya untuk berjumpa dengan rakan mereka di situ gagal meyakinkan polis menyebabkan mereka ditahan dalam satu serbuan semalam.

Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan tiga pemuda dipercayai tukang urut dan penyelia yang berusia antara 28 hingga 33 tahun.

Menurut jurucakap polis, pihaknya terpaksa menunggu lebih dua jam untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana perlu melalui proses pengecaman wajah pelanggan.

"Kami dapat masuk premis itu selepas seorang pelanggan keluar dari pusat urut yang terletak di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah itu.

"Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki dipercayai baru selesai menjalankan urutan," katanya yang memberitahu serbuan tersebut merupakan yang keempat sejak tahun lalu.

Difahamkan, pusat urut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam dengan menggunakan sistem kod rahsia di pintu masuk. - KOSMO

WOW!! Haha saya pon nak diurut juga, boleh x? Ada xlagi haha. Haiyooo berani mati!!..

 

|| Nak Lawan Akuarium Aku ||

BERITA TERKINI
JAM 10.15AM


Akuarium Besar Bapak!

NOTTINGHAM - Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote, lapor sebuah akhbar semalam.

Heathcote, 37, membina akuarium persendirian itu dengan kos £5,000 (RM24,603) di rumahnya di sini dan memenuhinya dengan beberapa spesies hidupan air tawar eksotik.

Akuarium gergasi itu yang berukuran 3.8 meter x 3.9 meter x 2.1 meter terletak di bawah ruang tamu kediaman lima biliknya.

"Hobi saya bukan sekadar menguasai hidup saya tetapi ia juga menguasai rumah saya," katanya.

Lelaki itu yang bekerja sebagai guru turut memberitahu, tiada televisyen di rumahnya kerana dia lebih gemar melihat ikan-ikan peliharaannya itu berenang. - KOSMO

*Okeh I jeles tengok mamat ni, dianya akuarium besar gilerh. Nak juga buat macamni, adakah dapat kelulusan dan mampu saya ni haha. Sape nak sponsor??

HEBAT!!!