About Me

My photo
Perjalanan itu bukan mudah bila sesuatu itu dipinta dengan mudah. Berjalan yang sepantas tidak akan berakhir dengan penyelamat. Jadi berdiri dan berjalan seiring dengan keadaan, pasti terubat bila mengingati.

HB Halusinasi

Wednesday, December 21, 2011

|| Danbo Tired ||


Hye all blogger.. Pepagi ni apezs dah rasa penat la.. Macamane nak bekerja keras utk lebih maju.. Ini baru 3 baby jaga.. Jumaat ni datang lagi satu yang apezs tunggu-tunggu.. Memang giler lah kalau apezs cakap xsabar nak jumpa. Tapi itu hakikatnya, siang malam asik teringatkan dia. Sebab belum pernah jumpa lagi. Ini kali pertama yeah...

Semoga semuanya berjalan dengan lancarnya. Nak cakap banyak, pon dah tak larat ni. Biarlah lain masa nanti kita berborak lelama ea blogger. Korang pun nanti naik muak nak baca apezsnye citer haha.. Adious..


Tuesday, December 20, 2011

|| Lamanya Blog Sayap Tak Berkembang ||



Waa lamanya apezs x update blog ni. Hampir 5 bulan juga, maaflah kekawan blogger. Ini tidak sengaja, bukan disebabkan suka suki. Actually banyak perkara yang terjadi. Tambahan pulak, mcmane apezs sendiri tak faham. Blog ni kena hack and yahoo mail berkaitan blog ni pon kena hack. Cuba fikir camne leh jadi camni.

Now dah boleh buka selepas mencuba kali yang keberapa pon xtahu. Dengan password yang sama dan email yang sama. Sekarang ni baru boleh buka semula. Ape yang terjadi sebenarnya yeah?? Dengan tidak semena-mena, apezs dah buka blog yang terbaru. tetapi kali ini apezs tidak buka sebagai blog for personal diri sgt. Blog itu dibuka untuk perniagaan kecil-kecilan apezs.

Jadi apezs menyeru dan merayu dengan seikhlas hati, jemput la datang ke NEW blog apezs. Yang berkaitan dengan arnab, perniagaan kecil-kecilan ajew. Kalau ada yang berminat tetang pet pon dialu-alukan sgt ke sana. Banyak info dan maklumat terkini. Bukan sekadar arnab malahan tentang kucing juga apezs sajikan. Hope support me.. Thanks semua..

Klik :


http://segalapet.blogspot.com



Wednesday, June 29, 2011

|| mOrning After Alone ||




Hai sahabat semua.. Tup tap tip tip je apezs ni kan, sekejap ada sekejap nan ado.. Mesti tertanya² bukan, tapi ape boleh buat.. Itulah kehidupan katanya, banyak benda kite kena buat.. Banyak benda yang kite kena settlekan.. Kalau tidak itu bukanlah dinamakan KEHIDUPAN.. Ape dia anak-anak, sekali lagi... "KEHIDUPAN" Pandai anak-anak ini haha.. Salam pertemuan semula apezs ucapakan kat korang yg budiman lagi bersejahtera.. Berdirinya saya menaip(oh tgh berdiri sambil menaip tu) memohon kerjasama agar kita masih lagi bersatu padu.. Dah la cukup² lah nak suruh I merepek, meraban tahan Transfomer dah..

hah cakap pasal Transfomer, sape dah beli tiket nak g tgk movie tu? Apezs semestinya sudah tapi amik weekend, xnak la weekday nanti xpergi kerja hehe.. Korang the best is xsabar okeh nak tunggu sabtu malam tgk citer ni.. Okeh tutup kes tu buka kes utk arini dulu.. Dah dimana korang ni? Dah sarapan pagi ke? jOm g sarapan.. Nanti kite borak lagi okeh.. tata



Tuesday, June 28, 2011

|| Selamat Pagi Blogger ||


Salam dan Selamat Pagi kepada kawan² BLOGGER... Semoga sehat dan ceria hendaknya.. Kehadapan member mu menulis entri ini adalah sebahagian daripada my mistaken dengan tidak menghupdate kan lagi blog ini.. Ini kerana dengan keadaan yang amat berubah dah sekarang ni. Rasa seperti diri ini dah tidak berguna kepada blog ini dan rakan² lain.

Rasanya macam nak upah pekeja blog saya ni lah... RM50.00 sebulan, boleh tak? Ada tak yang nak tolong updatekan my entri blog setiap hari dan setiap tika dengan bayaran sebanyak itu.. Berbaloi tak? Dia kena update dengan isu saya setiap hari dan masa lah hahaha...

Korang dah sarapan ke? Kalau belom jangan lupa yea.. Apezs dah.. NOW dah kena start keje.. Jumpe lagi ok!!


Tuesday, May 24, 2011

|| Busy Sioott, mOrning ||


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

kORang apezs rindu banget nak melepak ngan korang cam dulu.. Tapi sayang seribu kali sayang yea. Busy yang teramat sangat.. Weekend lagi la, lebih busy mengalahkan hari bekerja.. Sebulan ni fully dengan photshoot and latihan menari..

Jadi kesempatan nak buka laptop, tak dapat langsung.. Lucy apezs xsempat nak layan, baju 2 mggu baru basuh uwaaaaa. Dgn seminggu tak masuk opis sebab exam KPSL laa.. Haiyooo ape nak jadi dah dgn my blog ni.

Harapan saya moga kroang semua dalam keadaan baek dan ceria selalu.. Saya undurkan diri terlebih dahulu...


Tuesday, May 10, 2011

|| Exam KPSL Memanggil Diriku Utk Bertandang ||




Salam. Morning kacak, cantik dan perawan semua. Sehat ke arini?! Jgn tanya apezs tgh buat ape, yg pasti dah OTW pergi PST The Mines. Untuk menjawab soalan2 yg perlu dijawab dalam kertas KPSL. Tapi habuk pon tak baca ni, camne la apezs nak menjawab ni. Dengan serabut memikirkan apakah soalan serta keadaan yg berlaku. Ya Allah bantu la hamba mu yg lemah dalam segala subjek ni. Eh cam nak amik exam SPM lak haha..

Korang dah sarapan ke?! Apezs dah masa nak hantar GF ke opis dia sebab pinjam kereta dia. Apezs kan takde kereta, susah nak gerak ke sana. Bus takde ape pon takde. Naseb dia kasi pinjam, yg penting hantar dan amik dia dari kerja haha. Takpelah janji settle semua yg perlu disettle, kesian kat kawan sorang ni. Sepatutnya dia amik exam tmpt yg sama dgn apezs.

Tapi kesudahannya tak jadi sebabnya 'boss' tmpt keje dia memerlukan dia. Tak bagi nak amik exam, kesian dia. Dah naik stress katanya, takpela geng nti apply lain dan mungkin ada hikmahnya ok. Doakan utk aku yg terbaik okeh. Kalau tak leh kite g sama2 dan tiru sama2 hahaha. Okla apezs nak away dan study for the last minute. For zero NOW is something haha..:)


Monday, May 9, 2011

|| Artis Baru, Sokongan Padu ||


Kini ia kembali dengan rakaman baru, ape korang tunggu. Lihat video yang dipaparkan. Alunan muzik serta suara yg dilemparkan pastinya menjadi tatapan tatkala bersama si dia. Wah awat ceq jadi penjiwang pulak ni. hahaha..

Rakan apezs ni steward juga tau, siapa nak info² tiket dgn mudah ka haha p laa tanya dia. Ngeeeee (tipu jerk)... Nak senang lagi p la add kat FB dia. |hafiz carlson|.. Say yes to music, lets dance together. Korang suka dengar lagu ape?! Yg macamane?! Suka dengar time bile dan dimana?!.



|| Kawan Blogger.. Apezs Shah Kembali.. ||


o ASSALAMUALAIKUM W.B.T o

Bismillah dimulakan bagi pihak saya bagi menegur kalian semua. Sudah lama Apezs tak BERBLOGGING dek kerana tergendala dengan perkara² yg tak senonoh sesetengah pihak. Ish3x!!. Ape pon saya tetap ingat dan sayangkan kalian semua. Dan ramai yg bertanyakan ttg saya serta blog saya yg tidak aktiv pada teman saya |adamzico|.

Ape ape pon saya minta maaf pada semua atas segala kesalahan yg dah dilakukan. Okehla saya xleh nak panjang lebar bercakap atau mengulas. Nanti dtg balik 'anoy' tu, susah lak hidup ni haha.. Oleh itu kawan², kedatangan saya kali ni adakah dialu-alukan kembali haha..


Monday, March 28, 2011

|| mOrning Fever ||


Salam

morning korang. awal-awal nak cakap, xdpt nak borak lama. nak wat ape pon. sedih dgn diri ini, tak faham kenapa asik xsehat je. datang je isnin nak demam, demam je isnin pon datang. badan ni gediks ape laaaa, asik nak lemah antidote je. Dah laaa arini ada 5S terbesar, nak angkat benda berat lak tu. adehs hopefully okeh. okeh geng apezs nak minta maaf tersangat-sangat sebab masih tak dapat nak BW korangnya blog. sedih tahap nak demam laa mcmni.. :(

oklaa korang g sarapan dulu pastu makan ubat. bye.

Friday, March 25, 2011

|| mOrning Busy ||


Salam. Hye all, saya and danbo still busy. So tak dapat nak cakap ape lah. Ape pon saya ada share sedikit info ngan korang. Jangan lupa singgah-singgah yea. Korang dah sarapan ke? Sarapan ape pula kali ni? Jangan tiru mcm saya sudeh haha.. Sehat ke? Kerja macamane? Penat yea! Alaa sabar ye, nantikan dah nak cuti mean esok dah masok weekend. Rest secukupnya okeh.

Dah jom g sarapan dan buat kerja. Pastu kita gossip haha yg tu lawak je, jgn ikut. Kalah murai.com nanti tau, derang susah nak cari makan pulak haha. Kita jadi punai.com jelaaa boleh haha.. OOooops sorry 18SX pulak pepagi, ting tonggg kehkeh.. See ar. muaaahx Love You... (",)

|| Alamak Urut Batin Ke? ||

BERITA TERKINI
JAM 11.15AM

Apa yg dikaburkan tu yea?

GEORGE TOWN - Alasan dua pelanggan lelaki yang datang ke sebuah pusat urutan gay di Pulau Tikus di sini kononnya untuk berjumpa dengan rakan mereka di situ gagal meyakinkan polis menyebabkan mereka ditahan dalam satu serbuan semalam.

Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan tiga pemuda dipercayai tukang urut dan penyelia yang berusia antara 28 hingga 33 tahun.

Menurut jurucakap polis, pihaknya terpaksa menunggu lebih dua jam untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana perlu melalui proses pengecaman wajah pelanggan.

"Kami dapat masuk premis itu selepas seorang pelanggan keluar dari pusat urut yang terletak di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah itu.

"Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki dipercayai baru selesai menjalankan urutan," katanya yang memberitahu serbuan tersebut merupakan yang keempat sejak tahun lalu.

Difahamkan, pusat urut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam dengan menggunakan sistem kod rahsia di pintu masuk. - KOSMO

WOW!! Haha saya pon nak diurut juga, boleh x? Ada xlagi haha. Haiyooo berani mati!!..

 

|| Nak Lawan Akuarium Aku ||

BERITA TERKINI
JAM 10.15AM


Akuarium Besar Bapak!

NOTTINGHAM - Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote, lapor sebuah akhbar semalam.

Heathcote, 37, membina akuarium persendirian itu dengan kos £5,000 (RM24,603) di rumahnya di sini dan memenuhinya dengan beberapa spesies hidupan air tawar eksotik.

Akuarium gergasi itu yang berukuran 3.8 meter x 3.9 meter x 2.1 meter terletak di bawah ruang tamu kediaman lima biliknya.

"Hobi saya bukan sekadar menguasai hidup saya tetapi ia juga menguasai rumah saya," katanya.

Lelaki itu yang bekerja sebagai guru turut memberitahu, tiada televisyen di rumahnya kerana dia lebih gemar melihat ikan-ikan peliharaannya itu berenang. - KOSMO

*Okeh I jeles tengok mamat ni, dianya akuarium besar gilerh. Nak juga buat macamni, adakah dapat kelulusan dan mampu saya ni haha. Sape nak sponsor??

HEBAT!!!

|| Bunuh Diri Kerja Kau ||

BERITA TERKINI
JAM 09.15AM

Detik-detik yg dirakamkan.

KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun. - KOSMO

Apa nak jadi, bengong betolla perempuan ni. Janganlah sia-siakan hidup tu, bukan senang nak dapat kehidupan. Dah ingin dibantu tidak pulak sudi untuk dibantu. Apelah nasib dia lepas ini!! Masalah family dan cinta, itu yg selalu diperkatakan dan menjadi punca. Ya Allah kau kuatkanlah hati dan jiwa serta iman dalam diri hambaMu yg lemah ini. Tidak ku mahu seperti ini. Amin.

Thursday, March 24, 2011

|| Noon All Busy ||


Salam hye semua. Sorry nampaknya saya xdapat nak menjelajah ke tempat korang semua. Dan saya tgk Nuffnang saya pon xde sape yg datang. Wah kritikal kesan dia, even sehari je tinggal. Takpela belom ada rezeki hehe. Sorry to say, minggu yang mmg busy sangat². Ingin menyelesaikan segala kerja yg perlu ataupun tidak, agar satu hari nanti boleh berada dalam keadaan SELESA.

Korang dah lunch ke? Jangan lupa makan, nanti dah masuknya angin dalam perot tu. Tapi kalau makan biar berpada yea, biasalah nanti mengantuk nak tido pulak. Bahaya tu!! Sehat ke? Saya masih sengal² leher ni tapi better dari haritu sikit hehe. Jiwa pon bergelora je ni, haish xsuka dalam keadaan mcmni. Sebab itu membusykan sangat diri supaya tidak memikirkan hal² macamtu kan kannn geng.

Jadi korang jaga diri okeh. Kerana diri anda amat berharga dari segalanya. Rasa macam nak buat ayat-ayat puitis je. Tapi tengokla mcmane haha. Result SPM sesiapa pon dalam kenalan korang, mcmane? Share sikit..

Wednesday, March 23, 2011

|| mOrning Sexy ||



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Korang sehat arini? Pastinya sehat okeh. Apezs baru masuk keje semula, semalam cuti coz mmg xboleh nak datang keje dengan tengkok a.k.a leher yg sakit ni. Makin sakit pula semalam, pagi ni pon jadi balik tapi gigihkan juga g keje. Tak leh cuti lama², cuti dah kureng haha. Tapi sakit pagi ni okeh sikit, tak mcm semalam.

Jadi nampak gaya utk BW atau berblogging xde masa sangat la. Nak fokus habiskan kerja la, tertangguh ada juga ni. Takut dengan penilaian nanti. Jadi jom kita g sarapan dulu kemudian kita kerja dengan jayanya okeh. Jom Hot Milo satu boss.!!! :)

Monday, March 21, 2011

|| Weekend Photoshoot Eden ||


Perghhhh weekend yang memenatkan juga yea. Yelaa mahu tidaknya, kan apezs pernah cakap kan. Akan ada photoshoot weekend ritu. Sabtu maksudnya, seharian photoshoot. Pengalaman photoshoot kali ni mmg de best, banyak cabaran ok. Tak pernah photoshoot yg sebelum ini. Terim kasih kepada PAKWE KU Groups and Team. Derang mmg de best.

Korang nak tau ke ape yg cabaran habis haritu. Meih sini rapat dan close up haha :-

1) Datang tepat tetapi masih menunggu yang lain kerana waktu puncak di KL. Kelaparan tahap sangat2 laa maksudnya haha.
2) Kesemua model dan photografer dah adem hujan turun dengan lebat sedikit demi sedikit.
3) Pindah cari port lain tetapi hujan bermain dgn emosi kiteorg haha. Dia berhenti dengan senangnya haha. So g semula tempat asal.
4) Selepas hujan kan, nyamuk yg gediks pon keluar nak cari darah la. Tengah photoshoot asik kena gigit je. Naik meronyam dah kaki dan badan apezs haha. Tapi ttp shoot.
5) Bukan 1 tempat utk shoot, banyak tempat tau. Bekejaran laa dengan kete2 ke lain tempat hehe dan still hujan bermain dengan emosi kiteorg. 
6) yg paling de best. Tempat shoot adalah rumah usang yg ditinggalkan di area KL. Haha beri salam sebelum masuk hehe.


Hah mcmtu la lebih kurangnya, tetapi suka dengan hasilnya, walaupun hanya sedikit sahaja yg saya dapat lihat. Dan ada 1 photo saya yg saya "curik" dari photografe saya aritu. Korang nak tengok ke? Tengok la ye, jgn kutuk sangat saya ni xpandai tau.. Last kali apezs nak ucapkan TERIMA KASIH sgt kepada yang terlibat. Jumpa lagi hopefully.

tadaaa apezs yg cekeding haha.. (",)




* Korang okeh ke saya ni dok bercerita pasal benda camni. Ada org xsuke erk??





|| mOrning Angle ||

alamak dengan dog dog dis pulak hehe.
Salam morning semua. Arini xdpt nak happy blogging la, tak sehat. Ape kes laa badan ni, antibodi lemah laa. Busy sikit sakitlaa badan, nak pakai ape korang utk kurangkan sakit ni. Yoko-yoko ke haha.. Oh tak tahu sakit ape erk, saya sakit belakang. Dari atas tengkok sampai ke pinggang. Mungkin lasak time photoshoot aritu kot, mau tidak haha.

Siap panjat tingkap la kangkang la, dongak(kepala lihat ke atas) sambil badan cecah kelantai la uwaaa. Saya teringin sangat sehat dan cergas haha. Jadi pagi ni saya dah sarapan and also hot milo. Jadi kalau rasa mcm tak larat juga, nak minta 1/2 day la. Nak balik baring, ubat tahan sakit xde kat opis ni haish!!. Korang dah g sarapan yea. :)

Friday, March 18, 2011

|| Anak Ikan Apezs ||



Melangkah dengan bersemangat ke dalam rumah ku yg indah ini. (padahal penat kaki berjalan dr bus stop ke umah ku Blok D haha). Yang utama lepas masuk umah dan beri salam. Ikan saya itu yg harus dilihat dahulu. Dulu ada ST, bunny kesayangan ku pon mcmtu juga. Kena tengok keadaan dia dulu. Tapi ST dah xde, dok kg. hehe..

Kira ikan yang ada, takot ada yg lompat kuar hehe. Tiba-tiba xcukup seekor, cari keliling dan terjumpe dok celah pokok. Ketuk-ketuk aquarium tu, dia xnak gerak pon. Tengok ikan lain bukan main berenang lagi, sekali terpandang ikan lain tengah kejar something. Fuhhyooo derang kejar anak ikan yg baru netas. Opocot mak saya!! Haha melatah la konon kan.

Rupenya ibu ikan saya yang tengah sarat mengandung ritu dah menetaskan anak-anak dia. Banyak gilerh pulak tu haha, patut dikejarnya ikan lain. Takot anak dia dimakan la tu. So niat di hati ape lagi, salin baju kerja siapkan aquarium dulu la. Bukan main susah kalau nak pindahkan anak-anak ikan tu. Yelah kecik-kecik je kan, kang kaut punya kaut terpenyet pulak haha.

And finally settle semuanya. Jom layan picture yg sempat apezs ambil.


Waktu ni masih dalam aquarium lagi anak-anak kecil tu. ikan yg besar-besar dah bawa kuar ke tempat lain haha.. bahaya nanti lambat2 bawa kuar kena baham pulak haha.
 1) yg atas tu mean dlam bentuk LOVE tu la ibu yang baru netaskan anak yg banyak haha.

2) Sebelah kiri tu. Korang nampak x? nampak x? ada anak ikan kecil yg tengah berenang bersama ibunya. alaa dalam bulatan merah.

3) Okeh yg atas tu ibu dan anak-anaknya. Ni dah kire settle mengasingkan mereka laa. Alaa asingkan dari bapak-bapak yg lain haha. 

4) sebelah kiri kita pula. bapak-bapak tu la.. akhirnya dah settle & masukkan semula ke dlm aquarium yg asal.




akhir kata majula sukan untuk ikan akrobatik haha. merepek sudeh!!. panjang tak entrry kali ni? maaflaa saje nak post sakan ngan ANAK IKAN APEZS haha.. terkena sudeh.

|| mOrning Horn haha ||





Salam morning uols. Sedapnya dapat sarapan tambah pula dngan hot milo. Korang tau arini terpecah rekod, saya makan keaw teow. Selama ni mmg xmakan mee-mee hanya nasi je. Tadi mcmane terdetik nak rasa, sebab nampak mcm sedap pulak arini. So tapau dan cuba rasa huhuu sedap upenya. So pasni leh laa rasa yang lain lak haha..

Korang makan ape tu? hari ni badan mula wat hal. Haish pelik la, tiap kali nak berweekend ada je xkena badan ni. Cuaca ke? Penat keje ke? adehs!! Yg penting jangan la demam esok tuan mu ini ada Photoshoot kat Istana Budaya. Kalau xsehat xleh pergi dan bila xleh g rugi laa photoshoot kali ni. Its going be fun okeh coz tema dia colouress tu. My colour is GREEN huhu mcmane la gaya nak kena buat ni.

Okeh korang dah g sarapan, jgn biar perot kosong. Tak elok waktu pagi nak mula kerja yg mggunakan tenaga lagi k. Hari ni xsure ada ke x berita terkini k hehe. Korang tgk belakang. Cakkk I dah berlalu pergi. Bye haha.. :)



Thursday, March 17, 2011

|| mOrning Gorgeousis ||


Salam morning uol's. Macamane hari ni? Ada bagus ke? Setiap pagi tekadkan diri nekadkan hati yg koranglah de marvelous and HOTTES okeh. Sarapan ape pula kali ni? Tak nak nasi lemak xsedap haha..

Hari ni kena siapkan keje yg 2 3 kali boss aku nak tu. haish keje keje keje, tapi habuk pon xdak. Okeh jom teman I darling, g mana? g sarapan la. Jom Hot Milo sedang tunggu I. Chowww!! :)